Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .
Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.
Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.
Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."
"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.
Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.
Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.
Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.
Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."
Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.
4 comments:
salam UMMI,,,,,,,, dah sampai masa pihat PR membogel kah salah laku kaki tangan kerajaan tak kra top gun atau pun low gun,,,,,, alang alang menelok pekasam.........
ummi,
dah dah la tu nak mengaibkan org lain..
kalau nak menjatuhkan maruah org lain, hang cekap sungguh..
cuba la hang berada di tempat dia, guamana?
adoi..
ksian tol kat penjilat pr mcm hang ni
salam pak oncu...
keaiban mereke takyah kita cari2..sebabnya mereka sendiri yang akan membogelkan diri sendiri...Allah maha adil...Allah akan bayar cash kat depa..
salam pewaris melayu..
sapa yang mengaibkan depa..kan ke satu dunia dah tau..dia yang aibkn diri sendiri...
tapikan muka dia ummi tak tayang pun..tapi geng hangpa siap tayang kangkang orang..apa cite...??
cuba kangkang korang yg diayang...apa rasa..??
1 jari tunjuk kat orang 4 kat diri sendiri...
fikir-fikrlah...
Post a Comment