menuntut wang rebat tunai kenderaan persendirian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.
Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.
Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.
ummi..
dulu lain..sekarang lain..dulu kasi sekarang tak kasi....tapi sepatutnya kasi je terus..sebab barang kegunaan harian tak turun2..apa cite..?? kasi..jangan tak kasi...!!
1 comment:
biarla dia berhentikan rebat. 3 billion habis kat rakyat.... (campur org kaya sekali) tapi 22 juta komisyen jatuh kat Pos Malaysia (Saham terbesar POs Malaysia di tangan siapa???)
Lu pikir la sendiri
Post a Comment