Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.
Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.
Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut.
Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.
Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.
"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh.
sumber perisikrakyat
3 comments:
apa punya BINGAI HAMLAU BONGGOK TOLOL HAPRAK LAHHH ORG ORG UMNO NI,,,,,,,,
free marah... sedekah lembu xboleh, sedekah air free xboleh... tgk video lucah kanak2 bapak SPRM tak marhpu... bagi susah, xbagi payah...
oi mangkuk mana bukti bende tu free.stakat cakap je tak guna beb..org gila pun pandai bercakap.pengarah jpj pun kene bayar kalau nak tempah plat nombor..ni kan pulak si pembangkang sipenderhaka
Post a Comment