Ada orang tanya aku, pasai apa Hj. Hadi menghulurkan tangan kepada Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan..(unity government). Ada yang tanya..”betui ka Pas nak bekerjasama dengan Umno?”
Aku nak jawab “tidak” pun tak boleh…sebab Hj. Hadi dah offer kat Umno. Pasai apa Hj. Hadi hulur tangan kat Umno…yang tu mungkin seronok kalau buat spekulasi.
Zamry dah angkat sumpah sebagai Menteri Besar yang haram, jawatan yang diperolehi secara haram. Sekarang mereka sedang cuba menghalalkan tindakan mereka melalui ‘political laundering’.
Dua hari lalu, Zamry telah melantik Setiausaha Politik beliau. Bukan orang Pakeh Adam atau Raja Ahmad, tapi orang Ezam…Hamdan Taha. Hamdan Taha adalah seorang yang membuat Sumpah Keramat, orang yang menghentam Umno betul-betul kow masa dia dengan Ezam. Sorang lagi yang dilantik …tapi aku tak pasti apa jawatannya ialah Meor Azman Dato Meor Aris. Yang ni pun geng Ezam..dulu mati-mati berjuang menghentam Umno.
Zamry naik diatas ihsan tiga katak-katak PR yang melompat, dan sekarang…dikelilingnya pula dipenuhi oleh katak-katak yang melompat terlebih dahulu. Zamry sendiri merupakan ponyokong kuat Anwar dulu..pernah ditahan dibawah ISA. Dia juga bukannya calun utama jawatan Menteri Besar. Kalau ikut kata Najib, nama Zamry tidak tersenarai. Calon Najib ialah Ramly Zahary dan Hamidah Osman. Nama-nama ini telah diserahkan kepada Sultan pada pukul 4 petang hari rampasan kuasa , tetapi dua jam kemudian…Pak Lah datang berjumpa Sultan dan mahukan Zamry dilantik.
Bila jawatan EXCO diumumkan, hanya enam kekosongan yang diisi, manakala empat lagi di’reserve’kan untuk ..siapa? kalau nak bagi kat orang Umno…dah tentu diisikan.
Yang ini sedikit interesting. Masa mula-mula Umno kalah masa pilihanraya lalu, ada geng Umno yang pi jumpa Ahmad Awang, untuk memujuk Pas menyertai Umno untuk memerintah Perak. Dulu bila aku tulis, orang kata aku fitnah…sekarang Ahmad Awang sendiri yang cakap. Tapi kalau dilihat kepada orang-orang Umno yang pi berjumpa Pas…mereka ialah orang Najib.
Dalam masa yang sama…ada lagi satu geng yang cuba memujuk ADUN-ADUN PKR…yang ni adalah geng-geng Pak Lah dan Khairy, yang rata-ratanya terdiri dari geng 12 jahanam. (Geng Ezam dan Roslan Kasim). Tapi mereka juga gagal. Jadi…aku salute pada Ahmad Awang dan Ustaz Zul (masa tu Pemangku Ketua PKR Perak). Tak lama lepas tu, Hj. Ismail pulak jadi Ketua Perhubungan Negeri.
Bila dah stabil..Pakatan Rakyat Perak pun makin lama makin baik…tiba-tiba Anwar gantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Bila Hj. Osman datang…mula lah kacau bilau dan akhirnya dua EXCO PKR keluar parti dan jadi Bebas. Kalau diingat selepas saja Speaker mengumumkan Jamal dan Osman meletakkan jawatan…Hj. Osman seolah-olah mempertahankan dua EXCO ini dengan mengatakan mereka masih ahli parti. Sekarang pun…mereka masih ahli PKR kerana tidak pernah menghantar surat keluar parti!
Jadi…surat perletakan jawatan mereka sebagai ADUN tidak sah..kerana dalam surat tersebut..mereka akan diisytihar sebagai meletak jawatan sekiranya mereka keluar dari PKR! Apakah dua jawatan EXCO yang dikosongkan oleh Zamry dikhaskan kepada PKR? Ataupun mungkin keempat-empat jawatan tersebut memang untuk PKR?
Aku tak fikir Hj. Hadi bodoh sangat nak menghulurkan tangan kepada Umno, selepas Pas ‘kehilangan’ jawatan Menteri Besar di Perak. Mungkin Hj. Hadi dah tau..apa yang berlaku disebalik tabir politik Perak.
Sejak krisis Perak..muka Hj. Osman tak pernah nampak. Kecuali kalau Anwar hadir disini. Hj. Osman tak pernah terlibat dalam menangani krisis Perak..tetapi dibelakang tabir, nama Hj. Osman sedang hot.
Orang-orang Zamry yang diketuai oleh Hamdan Taha sedang merapati orang-orang PKR. Sudah ada Ketua-ketua bahagian PKR yang terpengaruh…yang mempertahankan tindakan Jamaludin dan Osman, dan mempersalahkan Hj. Ismail dan Ustaz Zul diatas penyerahan surat perletakan jawatan mereka. Dan ini disebutkan oleh Hj. Osman sendiri.
Ada Ketua-Ketua Bahagian PKR yang mempertahankan tindakan Jamaludin dan Osman dalam taklimat yang diberikan kepada Ketua-Ketua kampong didalam DUN mereka. Alasannya..PKR dipinggirkan oleh Pas semasa Nizar menjadi MB, dan kelemahan ini disebabkan oleh Hj. Ismail, yang dikatakan gagal memainkan peranan sebagai Pengerusi PKR Negeri dan hanya menjadi boneka kepada Nizar. Dan dari perkataan-perkataan yang diucapkan, seolah-olah krisis ini akan diselesaikan oleh Hj. Osman.
Diketika Nizar dan Hj. Ismail terkial-kial menangani krisis Perak ini…tup-tup Hj. Osman akan muncul dengan tiga ADUN…Jamal, Osman dan Nasa…mengisytiharkan diri menyokong PKR! Pakatan Rakyat kembali menjadi majority…dan Hj. Osman jadi hero.
Sebaik saja Najib menjadi PM…Zamry and the gang akan melompat masuk kedalam PKR. PKR akan menjadi parti utama dan Zamry akan kekal sebagai MB…dari PKR. Jamal dan Osman akan kekal sebagai EXCO.
Fuh!!! Gila kalau ini benar-benar terjadi. Mungkin itu sebabnya…mengapa Hj. Hadi cuba memintas apa yang sedang dirancang. Dan kalau lah ini yang terjadi dimana PKR memegang kuasa dengan cara pintu belakang, aku akan kata…ini tindakan tidak bermoral. Tapi…mungkin depa kata…ini baru yang dipanggil “Unity Government”. Lu pikir la sendiri.
Hentikanlah kerja pujuk memujuk, lompat-melompat. Bubarkan saja Dewan Undang Negeri…buat pilihanraya sekali lagi.
sumber perakexpress
No comments:
Post a Comment