Followers

Thursday, February 26, 2009

katakan 'TAK NAK' pada Najib..!!

http://www.marhaendaily.net/v1/images02/glokal.jpg

Sebagai anak Pahang, dilahirkan di Pahang, bersekolah di Pahang, ibu bapa saya hidup dan mati di Pahang, atuk-atuk dan nenek-nenek saya semuanya dikebumikan di Pahang, sepatutnya saya berbangga jika anak Pahang jadi PM. Saya berbangga kerana Tun Razak anak Pahang menjadi PM kedua, seorang pemimpin yang berkualiti dan menjadi kebanggaan Malaysia.
Tapi kalau Najib anak Tun Razak jadi PM, saya berasa sangat malu! Malu kerana semua skandal yang dikatakan dikaitkan dengan Najib semuanya disapu dibawah carpet.
Saya tak kata Najib bersalah. Saya kata ada tuduhan-tuduhan, tapi tak satu pun tuduhan-tuduhan terhadapnya itu disiasat dan diselesaikan di Mahkamah.
Ada orang kata kedatangan Altantuya ke Malaysia ada kaitan dengan Najib. Betul ke? Kenapa perkara ini tak disiasat. Entah ya entah tidak. Tapi siapa nak tahu kalau kes ini tak disiasat.
Ada orang kata kematian Altantuya dikaitakan dengan Najib, dan bomb c4 adalah dari Kementerian Pertahanan. Ini tuduhan, tapi selagi tak disiasat, siapa nak tahu betul atau tidak?
Entah betul, entah tidak! Bukan saya saja nak tahu, seluruh rakyat Malaysia nak tahu, entah betul entah tidak!
Tiba-tiba timbul pula kes Bala, dia kata Najib ada kena-mengena dengan kes Altantuya, dia buat Statory Declaration. Hari ini dia buat Surat Sumpah, hari esok dia hilang diawa polis dan keluar dia di TV menarik balik akuannya, dan selepas itu dia terus hilang! Dimana dia sekarang? Hidup ke, mati ke? Takkan polis tak boleh jumpa dia kalau dia masih hidup! Apa gunanya ada Interpol kalau seorang Bala pun boleh hilang, dan Bala ini hilang dengan satu keluarga!
Kenapa bila tuduh saja Najib, Bala ini boleh jadi hilang? Aii, orang kampong pun boleh teka apa cerita sebenarnya! Semua ini kerana dan disebabkan oleh Najib!
Kemudian timbul pula cerita Saiful diliwat, dia ada cerita liwat selepas jumpa Najib untuk minta biasiswa, Saiful ini nak sekolah dimana minta biasiswa dari Najib nih? Kenapa sekarang tak sekolah-sekolah pun!
Saiful ini pergi jumpa doktor, dan doktor yang mempunyai pengalaman yang lama kata dia tidak diliwat! Tapi, kerana kes ini bermula dengan Najib, Anwar Ibrahim tetap dituduh liwat? Apa jenis manusianya Najib ni? Orang boleh hilang dan orang boleh kena liwat kerana sentuhannya.
Kita mahu PM yang ada digniti, menang dengan digniti, kalah dengan digniti, hidup sebagai seorang demokrat ulung!
Dia kalah 5 Negeri pd 8.3.2008, dia kalah di Permatang Pauh, dia kalah di KT. Kemudian serata-rata tempat kita dengar Wakil Rakyat PR mendapat tawaran juta-juta ringgit untuk cross ke BN, dan seorang Ketua Bahagian PKR di Perak kata dia ditawarkan RM50 juta oleh Najib supaya 2 Mamat di Negeri itu cross ke BN.
Tiba-tiba kita dengar 2 Mamat itu dituduh rasuah suatu tuduhan yang sengaja diada-adakan, rupa-rupanya ada cerita besar, 2 Mamat yang tak ada kualiti itu hilang, 5 hari hilang. Isteri masing-masing pun tak dapt hubungi mereka. Mereka lari dari tugas. Rupa-rupanya ada di Pekan, kampong Najib! Bila surat letak jawatan mereka di serah kepada Speaker, tiba-tiba menjelma balik dua Mamat itu.
SPR kata tak letak jawatan, SPR ini bertindak sebagai parti komponen BN. Tiba-tiba 2 Mamat itu menjelma bersama Najib, kata mereka keluar dari PKR.
2 Mamat ini hilang, angkara Najib! Krisis di Perak sekarang ini berlaku angkara Najib. Huru-hara di Perak sekarang kerana angkara Najib.
Rakyat Perak sangat benci kepada Najib, dan kalau Pilihanraya Negeri Perak diadakan sekarang, hampir keseluruhan ADUN-ADUN BN Perak akan kecundang. Kredibiliti dan imej BN Perak telah dihancurkan oleh Najib.
Tak mahu cerita panjang lagi. Apa saja nak disebut tentang Najib tidak dapat dilarikan dengan kes-kes terhadapnya yang tidak selesai. Nak jadi PM macam mana? PM yang tak ada kualiti!

Aku malulah!

sumber lubok kawah



ummi...

kalau seorang anak Pahang berasa malu untuk menerima Najib sebagai PM....ummi sebagai rakyat Malaysia tak rela dan tak sanggup dia jadi PM ummi..ohh tidakkk...!!

ummi tak sanggup berPMkan orang yg banyak skandal ...tuduhan rasuah dan macam2 lagi...

Semoga Allah mendengar rintihan kami2 yang taknak kat Najib tu jadi PM kami...

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil