Followers

Friday, February 27, 2009

di mana UMNO yg kata pembela melayu..??

Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).

sumber PerakExpress

20 comments:

Anonymous said...

dimana pergi pemuda pas dan ahli ulaRmak pas pergi untuk membela melayu?

ada ke pemuda Pas membuat demo untuk mempertahankan sultan yang dikutuk oleh Karpal? Tak ada kan?

tak payah tuduh menuduh UMNO la Ummi,
tengok la Pas macam mana sekarang ni,
dah tak releven dalam Pakatan Rakyat

Perjuangan mu ummi hanyalah perjuangan yang SALAH dan Tidak Syarie..

cukup - cukuplah bersama Pas

Pas = parti angkut sampah

kamal said...

SAYA SOKONG PEWARIS MELAYU....JANGAN LA UMMI BARU DENGAR ORANG CINA BACA SALAM DAH KATA INI LAH HIKMAH NYA PAS...UMMI AJAK LA DIA MASUK ISLAM .KITA NI JANGAN LA BURUK SANGKA DENGAN SATU BANGSA SATU AGAMA....UMMI SEDAR LA...SIAPA YANG NAK PERTAHAN KAN ISLAM KALAU BUKAN UMAT ISLAM SENDIRI...JANGAN UMMI AGONGKAN ORANG YANG HANYA MEMBACA TAPI UMMI KUTUK ORANG YANG SAMA MEMBACA ALQURAN.A.KUM...UMMI..SEMOGA UMMI TERUS DILIMPAHKAN RAHMAT DARI ALLAH SWT.

Anonymous said...

sah si pewaris melayu ni tak baca artikel ni dia komen tang tajuk ummi aje.

weii...baca isi dia dulu baru komen la,nak kira pertahankan sultan,sultan pun tak reti nak jaga hati rakyat,apa barang nak pertahankan,baik pertahankan Islam yang korang perlekehkan..

bodoh piang...!!

Anonymous said...

ni lagi sorang...

diamana umno masa Pakteh ni nak kan tanah buat sekolah agama ? umno sibuk bagi tanah kat cina beribu2 ekar kan.

buruk sangka konon,tu Pak Teh kerja dia nak mendidik anak MELAYU ISLAM dengan ilmu Allah,pasai apa tak bantu..

cakap macam baguih

bodoh piang..!!

PAPA GOMO said...

UMNO SAMANYA DENGAN ORANG MELAYU
BILA MELAYU MAKA AGAMANYA ISLAM
KARPAL SENDIRI SUDAH TAHU APA ITU UMNO!!!
TAPI KARPAL LAGI CAKAP UMNO CELAKA!!!
INI MENUNJUKAN KARPAL CAKAP KITA ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM CELAKA!!!
IANYA DITUJUKAN KHAS BUAT ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM!!!

MELAYU DIKATAN CELAKA OLEH KARPAL!!!
ISLAM DIHINA DENGAN CELAKA OLEH KARPAL!!!

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/karpal-kata-orang-melayuagama-islam.html

Anonymous said...

Kenapa nak pertahankan sultan perak, kata ketua agama Islam kat Perak..hampehhh bini pun tak pakai tudung, anak-menantu pun hancusss, nak jadi idola camana..hangpa orang UjmNo nak sokong-sokong la hangpa tu Islam Hadhari..memang camtu la perangai busuk hangpa

Puak UmNo ni jilat pungkok sultan

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam gomo..

Islam utk semua bangsa..bukan melayu saje yg Islam..kat luar negara takde melayu pun tapi ada Islam...sekarang ni melayu pun ada yg bukan Islam gomo oii...

Anonymous said...

hampa puak pas ni, better make up your mind.

hampa ni islam saja (tak dak bangsa), atau bangsa melayu berugama islam.

saya dok tengok, bila berpihak pada hampa, baru nak claim melayu islam.

tapi depan kafir, cakap islam untuk semua. tak kira bangsa lah.

be consistent lah.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tanpa nama..hang adik tiri ummi ka takut nak buh nama..ummi tak dera adik tiri ummi..jangan takut k..

si Karpal tu tuju pada bukan semua melayu..so ummi tak rasa apa lah..sebab dia tuju pada pemuda melayu UMNO...jadi sapa yg makan cili dia la yg terasa pedas..

ummi bukan pemuda melayu umno..korang yg nak anggap dia langsam celakakan melayu itu hak korang..tapi ummi paham yg dia tujukan tu pada sape..

wallahualam..

Anonymous said...

akal takde ke....

UMNO da corupt tau tak! wahahahha patut la depa sebuk2 wat report polis.. rupe2nye cacing lam kepanasan b4 karpal betul2 saman.. nak tutup salah le tu... pewaris melayu ada mana masa karpal nak saman SULTAN? UMNO wat rusuhan n report jo! nape tak tangkap je karpal? Kenape SULTAN tak murka dkt KARPAL? kenape UMNO melebihi SULTAN? wahahaha KARPAL cakap A, UMNO bgtau kita A+B+C+D

Prof. Era Pasca said...

GOMO berkate:

UMNO SAMANYA DENGAN ORANG MELAYU
BILA MELAYU MAKA AGAMANYA ISLAM

betul kate perak mari.. bodoh piang GOMO ni

UMNO=MELAYU?
MELAYU=ISLAM?

salah ni...
yang betul Baginda yg berkata:

GOMO=UMNO
UMNO=Islam HADARI
Melayu=LARI (NNT baginda tulis sejarah MELAYU ni)
ISLAM=AGAMA

hang GOMO jangan nk bakar-bakar orang, jangan jadi batu api! KARPAL kate UMNO yg celake, yg hine ugama ko GOMO sebab samekan UMNO=MELAYU=ISLAM... 3-3 ni berbeza! BODO PIANG! klu ISLAM tu same ngan UMNO/MELAYU abih kenape dekat CHINA penduduk ugama ISLAM same ramai dengan MELAYU+CINA+INDIA dekat MALAYSIA! BODO PIANG lg skali GOMO n GANG!

Anonymous said...

Kepada puak2 Ameno yang beri respon kat sini.Harus diingat Melayu bukan maksudnya Islam dan Islam bukannya bermaksud Melayu. Aku dilahirkan daripada bangsa Melayu, dan aku tak pernah bangga menjadi orang Melayu tetapi Islam yang menjadi pegangan keturunanku yang membanggakan aku. Harus diingat bukan ketuanan Melayu yang harus diperjuangkan tapi agama Islam yang harus diangkat kedepan. Kalau puak2 Ameno nak tahu, Melayu tak pernah diberi jaminan untuk masuk Syurga, bukan bangsa atau kaum yang dipilih ALLAH S.W.T untuk berada disyurgaNya tapi pegangan dan amalan yang menentukan tempatnya disana.. Tak guna kita menyokong pemimpin yang mengajak kita melakukan kemungkaran, UMNO dah terang2 menolak ISLAM. Apa lagi nak dipertikaikan.
PAKAT2 keluar UMNO.

lovespiraldownwards said...

salam..

utk pewaris melayu, kamal, gomo dan yg sewaktu dengannya. aku tak tau la hangpa ni dok belah mana. kira bersangka baik je la hangpa dok ataih pagaq je. nak bisin2 cerita pasal melayu kena hina, sultan kena kutuk pasai pa? karpal sound sultan perak pasal dia tak ikut undang2 tubuh negeri. salah ka tu? hangpa lupa ka imuniti raja2 yg dr mahathir dah kurangkan tahun 90an dulu? depa buat salah kalu, bleh bawak pi court. bukannya karpal pi maki cakap sultan tu bodo ka, mangkuk ka. paham dak??

mmg umno tubuh atas dasar bangsa. nama pun pertubuhan kebangsaan melayu bersatu. (nama UMNO tu mai mana? bukan ayat melayu pun) persoalannya la ni org semua dah cemuih bila balik2 cakap pasal survival bangsa. tak nafikan byk benda baik utk melayu yg dah dibuat tapi bab menjual harta dan hak melayu pun depa jgk juara. tak payah aku kasi detail, hangpa bleh cari sendiri kt internet ni.

nama melayu sbb tu automatik islam? so yg mana dok ataih? islam ke melayu? hangpa sedaq tak apa yg hangpa tulih ni? aku sndiri kalo boleh jam ni jgk nak buang bangsa melayu dlm surat beranak tu. pasai pa? malu bila baca statement hangpa yg kononnya melayu tu islam sbb tu bila org kutuk melayu maknanya kutuk islam. sekolah takat mana la hangpa ni? kat china tu islam depa lagi ramai dari melayu kat malaysia ni hangpa tau dak? islam tak ajaq pun beza2 antara kaum ni. islam tak suruh pun dengki mendengki, busuk hati, sangka buruk dgn org. letak islam kt depan la cek oii baru bangsa. lagi satu, Rasulullah pun tak marah bila dikutuk, dihina. dia tak pernah rasa diri dia perfect. sapa la kita ni 'bangsa melayu' yg org lain tak bleh usik sket ni bandingkan dgn nabi??

dari aspek parti, mmg PAS ikut cakap tuan presiden akan terus meletakkan raja2 sebagai ketua negara. dah termaktub dlm perlembagaan, takde plak nak ubah aiih. tapi tak tau la kot2 satu negara nak tolak sistem raja berperlembagaan kt M'sia ni mcm kat Nepal baru2 ni tu ke. Benda tu takde masalah kalo nak dibuat, alangkan hak2 raja bleh dikurang, ye dak??

kesimpulannya, baikla kita sama2 syumulkan Islam tu di atas yg lain. tak kira ataih platform mana pun kita ni, utamakan agama dgn tidak buat zalim. zalim tu ertinya tak letak benda yg sepatutnya di tempatnya. kalau dah terang2 hukum jgn buat itu ini, jgn la dok cari excuse or buat alasan utk mengelak. tak berkat negara wooo..

Permaidani Dunia said...

ummi,Pas tidak ada perjuangan sebenar.ditarik hidung oleh DAP sahaja.mana orang2 yang kononya dipanggil ulamak dalam pas dalam mempertahankan kesucian agama Islam di Pulau Pinang.guan eng bukak lagi byk disko.apakah 'ulamak2' dalam pas ini tutup mata semata2 ingin bekerjasama dalam Pakatan Rakyat?
Sesungguhnya Islam diperkuda oleh PAS.

Astagfirullah..

Anonymous said...

Selagi manusia gagal membezakan antara agama dan bangsa, selagi manusia itu gagal meletakkan agama dan bangsa ditempat yang sepatutnya, selagi itulah manusia itu tidak akan kemana-mana. Kita kena kenal dahulu apa itu Islam dan apa itu Melayu. Carilah mana-mana hadis nakli yang menceritakan tentang Islam dan Melayu. Setakat ini aku tak jumpa mana-mana hadis nakli yang menceritakan tentang melayu, tetapi cukup banyak hadis nakli hatta hadis akli sekalipun tentang Islam yang aku jumpa. Nabi bersabda "sesunguhnya telah aku sempurnakan agamaku" di dalam khutbah yang terkenal. Agama itu ialah agama Islam. Nabi tidak sebut pun pasal ketuanan bangsa didalam khurbahnya itu. Ayuh umat Islam tak kira bangsa di Malaysia ini, angkatkah Islam ke tempat yang sewajarnya.

Pak Oncu said...

UMNO DULU KINI DAN SELAMA NYA BINGAI,,,,
UMNO BUKAN MELAYU,MELAYU BUKAN UMNO
UMNO BUKAN ISLAM,ISLAM BUKAN UMNO...

PAPA GOMO said...

KALAU UMNO BUKAN MELAYU DAN ISLAM....

PAS ISLAM???

pejuang said...

Orang pas ni rasa diorang tu sempurna sangat, takde cacat cela..

semua mereka rasa mereka betul, adil, telus..

langsung tak nak terima kenyataan yang tak memihak kepada puak mereka.

kalau menang pilihanraya, mereka cakap.. rakyat dah buat pilihan, rakyat tolak BN..

tapi kalau kalah pilihanraya, puak ni tuduh SPR tak telus, ada pengundi hantu lah papelah..

apa saja yang menyebelahi puak mereka, mereka sokong walaupun tak betul, walaupun terpaksa hina sultan dan raja sekalipun..

jadi kesimpulannya: puak ni memang Bongkak dan Sombong..

Belajar-belajarlah terima kenyataan dan ketentuan Ilahi..

KALAH TAK BERMAKNA HILANG SEMUA.
MENANG TAK BERMAKNA DAPAT SEMUA.

Anonymous said...

pejuang yg bodoh piang...

Belajar-belajarlah terima kenyataan dan ketentuan Ilahi..

KALAH TAK BERMAKNA HILANG SEMUA.
MENANG TAK BERMAKNA DAPAT SEMUA.

BN kena terima hakikat macam yg hang kata tu

ahaks3 org PR dah biasa kalah la weii,BN aje yg baru merasa kalah,hangpa dah merapu meraban

cermin diri wehh...bodoh piang..!!

Anonymous said...

kat.arab tiada islampun ummi..yang ada muslim..jadi pas puuuun bukan islam sebab dia berada dimalaysia

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil