Followers

Sunday, March 01, 2009

1 Mac bersama muslimat Bagan Datoh

malam semalam kita menerima berita kematian bonda DS Fatimah Taat isteri menteri besar Perak(sah) ...pagi tadi ummi bersama Timbalan Ketua DMP Perak pergi menziarah jenazah bonda DS Fatimah ke Tapah...disebabkan tak pernah ke rumah keluarga DS Fatimah Taat..makanya banyak kali juga la masuk lorong hj.seresat(sesat le apa lagi)...padahal dari lorong masuk tak lah jauh sangat simpang ke rumah yang nak dituju...

kami tiba di rumah keluarga DS Fatimah pada jam 9.00 pagi semasa kami sampai belum ramai lagi tamu yang hadir...DS Nizar di luar rumah duduk bersama tamu yang ada...kami pula terus masuk ke rumah dan bertemu dengan DS Fatimah Taat..biasalah bila dalam suasana kematian tentu diselubungi kesedihan...begitu juga dengan DS Fatimah dan keluarganya...kami difahamkan DS Fatimah adalah anak perempuan bongsu kepada allahyarhamah..


wajah sugul DS Fatimah disamping jenazah bondanya

Timbalan Ketua DMP Perak sedang membaca surah Yassin sebagai wakil DMP Perak


disebabkan DMP Perak hari ini sedang mengadakan Program Get Ready siri ke-3 di Taiping maka setelah kami selesai menziarah jenazah kami terus berangkat ke Taiping...Sya-Reformis telefon ummi nak mengajak menziarah jenazah dia bersama MSK dan PerisikRakyat..masa tu ummi kat highway Gopeng..ummi cakap baru je kuar dari Tapah..maka cerita solat jenazah dan pengkebumian ada kat blog MSK ... PerisikRakyat....Sya dan al-banjari

Program Get Ready 3...Air Kuning Taiping








Istimewa program kali ini kerana dihadiri oleh YB. Senator Hajjah Jamilah Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Mak Lah dan Ustazah Kalthom Osman dengan panggilan Mak Som ..mereka merupakan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS ..kehadiran mereka telah menyuntik semangat para muslimat untuk lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi PRK Bukit Gantang ini..juga delegasi dari pimpinan muslimat Kelantan....Mak Lah mengimbau kembali kisah2 penglibatan beliau dan penubuhan awal HalWa...Mak Som pula menyatakan kepentingan fungsi bilik gerakan...kehadiran bagi siri yg ke 3 ini amat menakjubkan sehingga penuh ruang atas dan bawah markas...



muslimat sedang membaca ikrar yang diketuai Kak Mizan Ketua HalWa Perak




bacaan doa Wehdah bergema di bangunan markas ini
dengan suara muslimat yg bersemangat menaikkan bulu roma..fuhhh



bacaan doa dan laungan takbir..

majlis tamat dalam jam 1.00 tghari..rombongan ummi dari Bagan Datoh tak lepas peluang ronda2 di Taman Tasik Taiping....sambil2 menjamu selera di tepian tasik...bukan apa ada salah seorang muslimat ni teringat nostalgia dia bersama suaminya di tasik ni..di bawah rumpun bamboo lagi...depa dating selepas nikah kira tempat honeymoon dorang la ni...layan je Kak Leha...





kami sempat meninjau tempat Bagan Datoh akan bertugas di PRK Bukit Gantang nanti..kami akan bertugas di Trong..kami singgah sebentar melihat tempat penginapan dan bilik gerakan...
sebelum pulang kami berhenti makan di Manjung...terima kasih Kak Leha belanja kami makan...terima kasih daun keladi..rajin2 la belanja lagi ye..hehehe..






kami berhenti solat di Masjid Batu 10 Lekir..ummi sampai rumah jam 9.30 malam...

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil