
i) berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang di-Pertuan Agong,
ii) soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang di-Pertuan Agong dan
iii) berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.
Menurutnya mana-mana pihak tidak boleh mempersoal ke atas ketiga aspek itu kerana ianya adalah hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.
Secara umum Rais menimbulkan perkara itu bagi memberi kefahaman kepada orang ramai berhubung isu dan juga persoalan mengenai status dan kuasa Sultan dengan apa yang berlaku di negeri Perak dewasa ini.
Apa yang ingin dijelaskan Rais, Sultan mempunyai kuasa yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak dan tindakan Sultan Azlan melucut jawatan Nizar Jamaluddin dan melantik Zambry Abdul Kadir itu adalah benar.
Ada teori dan hepotesis mengatakan tidak semestinya kalau Abdullah mengosongkan kerusi PM beliau akan diisi oleh Mohd Najib Razak secara automatik. Peralihan kuasa dan jawatan itu terletak di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukan Umno seperti mana jawatan presiden Umno.
Mengikut teori itu saat inilah nanti Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menamakan sesiapa saja uantuk menjadi Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan Parlimen. Dalam hubungan ini disebabkan Umno - BN memperolehi majoriti sesiapa yang mendapat kepercayaan parti itu dan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dialah berhak menjadi Perdana Menteri.
Apakah sekiranya takdir ini berlaku kelak orang-orang Umno khasnya yang mendokong Najib sedia untuk menerima dengan seadanya. Tidak akan ada protes dan kritikan atas pilihan Yang di-Pertuan Agong kelak seperti mana segelintir rakyat Perak tidak mahu mengikhtiraf perlantikan Zambry Abdul Kadir?
Dalam hal ini apa yang dijelas dan ditegaskan Rais berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu semacam ada undang di sebalik batu. Ianya bukan sengaja suka-suka melontarkannya melainkan untuk dihayati dan sedia berhadapan sekiranya sesuatu yang di luar dugaan berlaku.
sumber MSO
No comments:
Post a Comment