Followers

Wednesday, March 04, 2009

muktamad...sidang semalam SAH..!!

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.

Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.

Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.

“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.

Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.

Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.

“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.

“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.

“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.

Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.

4 comments:

Anonymous said...

Ummi ummi,

Ummi dah tak boleh terima keputusan Mahkamah pulak kali ini? Jangan begitu.

Si Agus tu dengar kedua-dua belah pihak ka? Tak payahlah pakai pendapat dia macam tu. Dia buat andaian macam orang biasa saja. Tak percaya tengoklah bila pendapat dia tidak menyebelahi Ummi pulak, macam mana Ummi nak ulas?

Si keling seorang tu lagi tak boleh pakai. Dia lagi teruk dari ular kerana orang Melayu lama kata, kalau jumpa keling dan ular, pastikan kau bunuh keling dulu. Sebab mereka lagi bahaya. Begitulah ceritanya

Anonymous said...

elo bro tnpa nama..pesal takut ker..kor nie lawyer ker..pakar undang2 ker..pesal fru duk dpn dewan tue..knapa kuasa polis dianjingkan..knp pkida tnjuk lagak(dianjingkn umno jauh dr prinsip asal masa dtubuhkan..kata datuk aku)..knp kuasa kehakiman boleh dikwal oleh legistatif(cari kamus kala tak tau).. kenapa kor kutuk org yg laen kulit.. racist ker?? Bilal bin rabah tue org putih ker..

Anonymous said...

pas tu tak lari dari prinsip asal ke? atau pun memang tak dak prinsip langsung.

slogan pas sekarang 'dulu haram sekarang halal' dan 'demi kuasa, anything goes'.

bila berpihak pada diri sendiri, tu dia, habis satu dunia pi canang.

kalau tak berpihak, kata orang tak betul lah, ejen umno lah.

bahlul punyan anon, bilal tu Islam , hindu ni kafir. smapai puja macam tu, haprak betul.

hang tak nampak ka perbezaan di antara Islam dengan kafir.

hang dok puja kafir ni, sah dia masuk neraka juga.

yang sesama Islam, hang pa dok kutuk gila-gila.

itulah, baru la ni puak pas nak berkawan dengan non-malays, mana hang pa tau cara depa berfikir.

Prof. Era Pasca said...

hang dok gadoh2 wat pe? yang ade org menyalak tak tentu pasal tak sah lah... bwah pokok tak bleh la.... apsal? SULTAN PERAK pun tak pernah nak halang sidang DUN tu... takde notis pun dari SULTAN... yg POLIS,FRU,BRADER SONGKOK tinggi yg bersuare lebih..... kes ni pun tak nampak NAJIB lam tv... abis MELAYU AMENO ape? tolak hudud standard DAP gak.. hahhaa

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil