Followers

Tuesday, March 03, 2009

3309 dari kaca mata seorang blogger-bhgn 2

source : Perisik Rakyat
Jam 9:20 pagi
YB Lee Boon Chai (Ahli Parlimen Gopeng) tiba dan memberikan sedikit kenyataan tentang jadual para ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat hari ini.

Elok je YB Lee habis buat kenyataan, para penyokong Pakatan Rakyat pakat laungkan "Hidup Pakatan Rakyat..!" dan ada pulak orang menyampuk "Pakatan Rakyat B***H..! dan beberapa kata-kata makian pada Pakatan Rakyat.

Jam tu jugak semua wartawan berpaling pakat-pakat carik dari mana datang suara kurang hajar tu termasuk aku jugak mencarik. rupanya ada mamat songkok tinggi dekat belakang aku tak tau mana datang dok buat provokasi. haram jadah betoi..!

Lepas tu bila semua wartawan dah paling dekat dia, mat songkok tinggi tu terus dok jerit lagi ngan kata-kata kesat dok maki Pakatan Rakyat (video akan diupload kemudian). kami pun apa lagi, pakat-pakat serbu la mamat ni pi amik gambo dia. Dekat sebelah mamat songkok tinggi yang mulut tak de insurans tu. Foto klik Perisik Rakyat.

Korang tengok trio depa... macam "Pendekar Bujang Lapok...". korang teka la yang mana satu Ramlee, mana satu Sudin, mana satu Ajis, mana satu pendekar Musytar dan yang lain-lain tu hangpa pandai-pandai la bagi nama. Tapi aku rasa tak sesuai nama-nama dekat atas tadi... aku ingat Sarip Dol & The Gang ok kot..?

Kalau tak silap aku, mamat songkok tinggi tu anak Omardin yang nak bantai Karpal Singh King dekat Parlimen hari tu kan? Tak tau la kot-kot aku silap. hangpa tolong perbetoi la kalau aku silap. ada geng pi interview dia lepas sessi "ambik gambo samseng". aku tak dapat tangap banyak. yang aku dengar lebih kurang mamat tu cakap dia datang sorang. dia tak mewakili mana-mana parti cuma dia nak Negeri Perak aman dan bukan macam sekarang.

Bingai betoi la mamat ni... sebelum dia datang tadi ok je, tak de kecoh-kecoh pun. semua orang ok je, polis ok, orang awam ok, wartawan ok... tetiba dia datang buat kecoh dok maki-maki Pakatan Rakyat, lepas tu tuduh Pakatan Rakyat pulak buat negeri tak aman.

Dasar bingai... ni bukan tuduhan. ni kenyataan. aku ada rakaman video keadaan awal sebelum dan selepas mamat songkok putih ni datang. wartawan dekat seratus orang jadi bukti. Dekat akhirat nanti lebih dari 50 anggota polis akan jadi saksi bila malaikat soal mamat ni sape yang buat kecoh pagi tadi.

Lepas tu ada lagi mamat lain buat hal. ADUN Simpang Pulai kene gasak dekat mamat bingai ni pulak..sambung

3 comments:

r.k said...

ummi,

video diantara aman dan x aman ade x?

ye la blogger mcm sy yg x berpihak sape2 ni nak tahu yang benar2 sebenar2nye~

kalau dalam video tuh tunjuk yang keadaan aman, and 'mamat songkok tinggi bingai' tuh wat kacau and keadaan terus huru hara~lagi bagus.

=)

r.k said...

xde eh~




erm..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam RK

video tu ummi dah letak kat entry lain..cuba tengok kat sini --> http://haninasution.blogspot.com/2009/03/sidang-dun-tergempar-yg-tak-ditayang-di.html

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil