Followers

Wednesday, March 04, 2009

orang UMNO ke..polis yang mengamuk..??



kalau diperhatikan betul2 mereka2 ni ummi lebih berat mengatakan mereka2 ini bukan orang UBN...mesti mereka2 ini ada kena-mengena dengan pihak polis..tu pasal bila depa buat huru hara polis buat bodo aje..pasai itu orang depa gak...bayangkan depa bukan ramai pun tapi berani buat kecoh di tempat yang dipenuhi orang2 PR..depa sebenarnya nak cari jalan untuk menghuru harakan himpunan semalam..pasai depa nak jadikan perhimpunan semalam jadi macam di KK Gate...tapi depa silap..orang2 PR bukan tak tau tektik depa ni..tu pasal takdak sapa nak balas serangan depa...pasai orang2 PR memang dikenali dengan sifat sabar yang tinggi..

FRU tu gian nak sembur ayaq kot...gian nak bantai orang awam..gian nak tangkap orang..gian nak tembak gas pemedih mata...tu pasal depa hantaq orang depa pakai songkok tinggi untuk menampakkan itu orang UBN..pasai depa tau orang PR musuh dengan orang UBN..tapi silap la..kita bermusuh hanya pada pahaman politik saja..bukan individu...apa la bengapnya depa ni...nampak gayanya depa ni nak membusuk nama pemuda UBN aje...

hmmm..

3 comments:

Anonymous said...

pada pendapat saya elok dibubarkan sahaja parti yang nak mampos tu UMNO....
Kita semua dapat lihat akan KEDAYUSAN parti ni..mereka hanya bersuara dibelakang pihak polis,fru,sprm. ...
banyak dah kejahatan yg mereka umno lakukan tetapi tiada satu pun undang-undang di malaysia yang boleh mendakwa mereka....
ayuh kita hapuskan parti umno yang memang reput dan menanti masa untuk tumbang

Anonymous said...

Bio ja la umno tu terus idup.. lai pun dia tu dah tahap "idup segan mati tak mao".. besa ler bodo sombong dan sombong bodo gitu le kesudahannya. . sebenanya bukan salah umno pun.. salah pemimpin.. dulu time onn, tengku, razak, hussin ok je umno tu tapi keelakangan ni bila dah di doninasi oleh org2 yang korup, anngkuh, suka salah guna kuasa, sombong, lupa daratan, berlagak boss sebenanya BOAST maka umno jadi camni.. ada tu baru je jadi yb sepenggal dah mampu buat umah sampai jutaan RM... yg jadi runner pun kaya raya ooo...
Yang ko tak setuju pendapat aku napa? nko dah over 40 ker??.. ko cadangkan le max umo yg ok.. idak pun jadi ahli kehormat ja (no voting right)..
Come om guys and gals, come forward....

lovespiraldownwards said...

ate teman rasa muka2 provokasi dlm video ni bukan org2 Ipoh. tak biasa tgk pn muka dema. malu rasa teman kalo org Ipoh perangai gitu. kalo teman ada situ, penampo je sorang seliang!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil