Followers

Tuesday, March 03, 2009

makin kalut dan makin pelik...

semalam tak dpat nak buat posting apa2 oleh kerana masalah laptop meragam...bila perak makin meragam laptop pun sama buat perangai..jadi satu apa pun tak sempat nak buh..cerita memang banyak dan hangat2..tapi setakat ummi baca dan dengar dari penganalisa dalam rumah ummi...kejap dia ketawa..kejap dia merungut bila baca apa tindakan dan kenyataan2 Zambry buat semalam untuk menggagalkan sidang tergempar hari ini...sekejap dia lari ngadap tv ....tengok serangan dari pihak UBN melalui lidah2 pembaca berita tv ...

maklumat datang macam air terjun...dalam blog cerita pasal tindakan PR untuk mengadakan sidang tergempar...di tv menceritakan sidang tergempar tidak boleh diteruskan.semacam perang maklumat tak henti2...ummi yakin ramai yang tak senang duduk...kalau kat area kampung dah tentu kedai2 kopi menjadi tempat sasaran para ahli2 majlis bersidang untuk mendapat dan berbincang tentang keadaan Perak..mengalahkan sidang tergempar lagi..kedai2 kopi lagi awal dah tergempar..rasa2nya tentu bertambah rezeki Pak Derih..Pamudin dan Kak Faridah....sebab kedai depa sampai ke tengah malam orang masih buat sidang tergempar...

pagi ni ummi baca kat Perakexpress pasal satu lagi kegilaan dalam politik tanahair kita...so ummi copy dan harap korang jangan sampai gila sama...pihak UBN kata PR gila kuasa tak mau menerima hakikat yg PR sudah tak berkuasa...kalau PR gila kuasa takkan depa mintak bubar DUN..kerana bila bubar saja DUN DS Nizar sudah terlucut dari jawatannya...UBN boleh mendapat peluang untuk memerintah Perak semula..itupun kalau rakyat masih bagi undi depa pada hangpa...tapi cara ini lebih bermaruah dari cara kudeta(rampasan)..jadi saranan ummi kalau nak jadi pemimpin biarlah pemimpin yang bermaruah jangan jadi pemimpin yang bacul dan asik jadi bahan kutukan rakyat... hangpa pilih la nak guna cara bermaruah atau cara pondan siam...

Hari ini…3/3. Jam sudah 3 pagi tapi masih belum mengantuk. Bukan aku sorang yang tak mahu tidor, tapi berjuta lagi rakyat Malaysia yang tak boleh tidor hari ini….menunggu apa yang akan terjadi siang nanti.

Tengahari tadi…aku terbaca dalam blog MSO. disini. Aku cuba mencari maklumat lanjut menerusi klu yang diberikan oleh MSO tetapi tak ada…sehinggalah membaca blog Albanjari .

3pm: It is learnt that two independent state representatives - Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi and Changkat Jering representative Mohd Osman Mohd Jailu - have met Sultan of Perak today.

They were later seen at the state secretariat to meet Zambry. It could not be ascertained the purpose of their visit to the palace as well to the state secretariat.

Zambry is expected to hold a press conference at 4.30pm.

Aku tau…Albanjari copy-paste dari Malaysiakini…tetapi apabila aku baca Malaysiakini…apa yang disalin oleh Albanjari tak sama!

3pm: It is learnt that two independent state representatives - Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi and Changkat Jering representative Mohd Osman Mohd Jailu - were seen at the state secretariat to meet Zambry.

Zambry is expected to hold a press conference at 4.30pm

Maklumat yang aku dapat juga mengatakan jamaludin dan Osman telah dilihat memasuki istana…tetapi mengapa Malaysiakini memadam bahagian tersebut setengah jam selepas diterbitkan?

Jam 9.30 malam, aku mendapat panggilan telefon mengatakan Khairy Jamaludin akan mengadakan mesyuarat di Bluewave Hotel, Shah Alam pada jam 10 malam. Apa yang dibincangkan…masih belum mendapat pengesahan.

Tiba-tiba..pada jam 12.30 malam, aku mendapat lagi satu maklumat mengatakan esok..jam 1 tengahari akan ada satu sidang media di One World Hotel, Bandar Utama. Tidak dapat dipastikan siapa tetapi ia ada kaitan dengan penangguhan Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan ini.

Maklumat sudah tersebar bahawa Pak Lah telah mengaturkan upacara angkat sumpah Najib sebagai PM pada 15/4. tetapi Pak Lah telah mempercepatkan tarikh tersebut pada 5/4…dua hari sebelum pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7/4.

Kemudian…pada hari isnin..Pak Lah telah melantik Dato Abdullah Mohd. Zin sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Perdana Menteri. Mengapakah Pak Lah perlu melantik seorang Penasihat Agama sedangkan tanggungjawab itu telah dipikul oleh Zahid Hamidi? Abdullah Mohd. Zin juga merupakan orang perantaraan diantara Najib dan Fauzi Muda dalam skandal rasuah politik RM50juta.

Lagipun, Mengapa perlu Pak Lah melantik seseorang…sedangkan beliau akan menamatkan jawatannya tak sampai sebulan lagi? ganjil!

Sidang media yang akan diadakan esok akan diketuai oleh Dato Kadar Shah, orang yang membuat laporan kepada BPR tentang politik wang yang melibatkan Pak Lah tahun lepas. Dato Kadar juga dikenali sebagai orang Tengku Razaleigh.

Kumpulan Dato Kadar akan memohon perintah mahkamah supaya Perhimpunan Agong Umno ditangguhkan sehinggalah Lembaga Disiplin selesai menyaiasat aduan yang dibuat tentang politik wang.

Mengapa Dato kadar mahu membawa perkara ini kemahkamah, sedangkan dia tahu bahawa sesiapa yang membawa hal-ehwal Umno kemahkamah akan disingkir secara automatik? Bukan kah ini kerja gila?

Yang peliknya..orang yang mahukan Pak Lah disiasat dulu…kini mahukan Perhimpunan Agong Umno ditangguhkan supaya Pak Lah kekal sebagai Perdana Menteri!

Tiba-tiba…masuk satu sms yang mengatakan…sumber dari dalam SPR..

Saman Zamry dimahkamah tinggi Ipoh jam 9 pagi esok akan ditolak..Sidang Tergempar DUN yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat akan membuat usul supaya DUN dibubarkan dan akan diperkenankan oleh Sultan Perak. SPR akan membuat pengumuman pada 4/3 dan menetapkan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Perak pada 7/4.

Betul atau tidak..wallahualam.

perakexpress

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil