Followers

Tuesday, March 03, 2009

law yg sudah diloyar burukkan

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini.

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."-malaysiakini

ummi rasa kalau nak tengok undang-undang dalam keadaan yang telus dan adil..kita kena buang perosak undang-undang..mana dia rukun negara yang menyatakan bahawa 'Kedaulatan Undang-undang' .... benar2 kah ianya didaulatkan..??

fikir-fikirlah...
komen

3 comments:

Anonymous said...

PR memang banyak loyar Buruk , Terutamanya Majlis Loyar, undang-undang Malaysia macam bapak dia yang buat.

Baginda Reformasi said...

Undang-Undang Malaysia sape buat?
da buat undang - undang sape langaq?
2-2 pun UMNO gak.. hahahhaa
klu takut ombak jgn berumah tepi pantai...
klu takut kalah jangan mintak polis n fru tutup dewan...

teloq letak mana? letak bg Bijan simpan?

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/127-500-pembohongan-umno-betul-ke.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/peristiwa-perak-3-mac-bahagian-1-3.html

Anonymous said...

tanpa nama bangang+bodoh+nanar dia ingat undang2 mak bapak dia buat. kalau mak bapak dia BN nya org bole la.sebab BN ada undang2 istemewa.

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil