Pagi tadi aku sampai depan Pejabat SUK jam tepat jam 8:00 pagi. masa aku sampai, suasana tenang. yang ada cuma FRU, polis balai, polis trafik dan jugak wartawan media dekat 30 orang.
Jalan depan SUK depa tutup terus. cuma orang-orang berkenaan je yang boleh masuk. yang mana rumah depan SUK pun tak leh lalu. kene parking jauh sikit. tapi yang baguihnya, FRU jaga rumah depa dari semalam.
Pintu pagar SUK depa blok jam 8:50 dengan trak FRU.
Aku heran... di Negara Malaysia, polis lebih berkuasa dari Dewan Undangan Negeri. polis ada kuasa untuk halang dari ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO dari menghadiri Persidangan DUN. Malaysia memang negara yang pelik.
Sambil-sambil aku dok ronda, aku dok perati sorang brader. muka sikit punya skima. dia ni sambil jalan dia pegang PEN KALER BIRU. pen dia special sikit pasai dia kena pegang tegak pen tu. aku pi usya tepi dia, ingat takiut dakwat tumpah, rupanya PEN JAMES BOND. ada mini kamera beb. patut la semacam je pegang... ingat..! PEN KALER BIRU, size kecik sikit dari ibu jari.
SB ke tu? ini sudah bagus..! PDRM melangkah setapak kedepan. tapi nasihat aku untuk SB-SB yang ada kelengkapan moden ni, lain kali train dulu cara pegang pen yang betul. cara yang korang praktik sekarang senang sangat kantoi... ni teguran ikhlas ni. bukan sindiran. jangan sampai penjenayah mendului PDRM dalam setiap tindakan.
Jam 9:05 pagi FRU siap siaga untuk menyambut ketibaan para ADUN dan EXCO yang dijadualkan untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri didalam Pejabat SUK.
Ada tak kurang dari 50 anggota FRU lengkap berpakaian ala-ala "Robocop" ssiap dengan Shield, Rotan, Senapang untuk Bom Asap dan jugak Senapang Peluru Getah.
Perang akan bermula kejap lagi.
(*) foto SB terpaksa dipadamkan demi menghormati kerjaya seorang Polis, ini kerana itu sudah menjadi tugasnya. Bagi wak, menghormati tugas-tugas SB adalah satu tanggungjawab sosial sebagai rakyat. Dan tidak wajar wajah beliau dipaparkan di blog ini. Terima kasih..jika nak tengok wajah asal, sila ke blog Perisik Rakyat.
No comments:
Post a Comment