Followers

Sunday, February 01, 2009

2 exco bikin kecoh....

assalamualaikum..

Ummi baru balik dari mesyorat sebelum tido jenguk sekejap laptop ni kot2 ada cerita hangat...sebelum keluar rumah tadi dapat sms dari member2 blogger mengenai 2 exco Perak yang sekarang ini berada di Pekan Pahang....ehh buat apa mike berdua ke sana tu..??

Macam2 cerita dan macam2 versi info yang ummi dapat...ceritanya mengenai 2 exco ni nak buat pengumuman nak keluar PR malam ni...dan di Bota pulak...Dato' Nasar 'diburu' untuk memujuk beliau pulang ke 'pangkal jalan'..peerghh ayat...

sms dari korang ni buat ummi tak senang nak mesyorat...hati ummi dah rasa nak terbang balik nak ngadap laptop aje...tak nak tertinggal untuk perkembangan terhangat buat ketika dan saat ini..betol2 bikin kecoh la 2 orang mamat ni.....

kejap2 ummi sms mat saman kati..kejap2 ummi sms matcomot..tak tinggal sms dengan kak erah(boss ummi..hehe) setiap masej yang masuk ummi sampaikan dalam mesyorat..jadi penyampai info lak malam ni...hati ummi jangan cerita la...berdebor wehh...macam2 andaian yang ahli2 mesyorat buat...lagi kuat hati menggeletek nak balik..

dah dekat 12 malam....ummi sms lagi tanya apa perkembangannya...matcomot cakap senyap aje..tergantung apa yang tergantung ummi tak tau...sms perisik rakyat dia senyap..kredit habis ke..apa ke tak tau la...

sampai aje rumah ummi sambar laptop terus tuju blog al-banjari ...nah ini yang terdapat dalam blog dia....


Pengerusi BBC, YB Khalil Idham Lim baru sahaja menghubungi teman, memberitahu keadaan yang berlaku kepada 2 exco Perak tidak perlu dibimbangkan. Tidak akan berlaku sebarang loncatan, mahupun lompatan. Kerajaan Perak tetap kukuh dengan majoriti lebih dari 1 ahli. Jangan bimbang ! kata beliau menutup bicara.

Kisah dari Parit,Perak (terkini):
SEBENTAR tadi saya menghubungi Ketua Penerangan PAS Parit, Rafie Kasini untuk mendapatkan pengesahan tentang kepungan AMK terhadap rumah Adun Bota, Nasharuddin Hashim di Bota Kiri bagi mengelak beliau dari melompat semula ke BN.

Rafaie mengesahkan, di Bota keadaannya makin gawat dan cerita dua Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu akan melompat sudah bergentayangan sejak tiga hari lalu. Malah petang tadi, katanya, Jamaluddin ada menghubungi seorang rakannya (pimpinan PKR Perak) mengesahkan "Kerajaan Perak akan tumbang" malam ini, dalam perbualan itu.

Dua Exco ini dikatakan sudah dikuarantin di rumah Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. Namun timbul kecurigaan melampau, bagaimana SPRM boleh dibabitkan?


nak baca habis pegi kat blog dia...http://politikbanjar.blogspot.com/

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil