"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.
Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.kerusi Pakatan kini tinggal 30 daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri Perak.Barisan Nasional (BN) hanya perlukan dua Adun berkenaan dan seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu bagi membolehkannya mengambil kuasa
Pakatan berhasrat untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi terbabit yang "dikosongkan" oleh Jamaluddin dan Osman.
Mengenai kedudukan Adun Jelapang, Hee Yit Foong,Mohd Nizar berkata "Hee masih bersama kita". - malaysiakini

No comments:
Post a Comment