kisah ni ummi cilok bulat2 dari blog Mum...memang syiok ..ummi cuma olah sikit2 jek...kisah ini tiada kena mengena pada yang hidup atau yang dah mati...yang 'sakit' ke ... yang diambang maut ke...harap anda terhibur..
Mat No Perak(bukan nama sebenar) ni memang ibarat jantan tua yang mata keranjang. Tak boleh tengok perempuan berdahi licin dan berpipi botox..... Cepat ler ghairahnya. Hai....orang tua ler katakan..... dah hilang umphh pulak tu. Anak dara tak boleh nak mengembalikan WOW dia. Yang boleh mengembalikan WOW dia ialah isteri orang atau pun janda orang!!!
Jantan ini bernama
Mat No Perak. Dia memang sedang menghadapi masalah kehilangan WOW. Serius masalahnya..... Ini telah mengakibatkan dia kehilangan salah satu daripada isteri dia. Isteri dia telah meninggalkan dia untuk hidup serumh dengan satu lagi jantan yang gagah perkasa........ yang mempunyi daya tarikan graviti yang sungguh hebat. Jantan ini bernama
Pak Atan(juga bukan nama sebenar)...
Pak Atan telah menjadi kegilaan orang kerana hatinyer baik, murah hati, suka menolong orang.... berbaik sangka dengan orang..... beramal kebajikan..... Itu sebab nyer ramai yang terpikat dengan nyer.
Kehebatan
Pak Atan telah menimbulkan iri hati
Mat No Perak......yang sentiasa mencari peluang untuk menfitnah
Pak Atan agar orang menyampah dan beri tumpuan pada dia pulak. Segala perancangan jahatnya tidak menjadi.... Sebaliknya perancangan jahatnyer makan diri dan orang semakin menyampah dan menjauhi nyer.
Selepas salah seorang istei nyer lari mengikut
Pak Atan..... dia ambil khidmat kauseling seorang pakar. Pakar ini datang nyer dari Putrajaya. Tugas utama pakar ini adalah untuk membantu
Mat No Perak pulih dan mengembalikan WOW nyer. Strategi yang diatur ialah strategi pujuk dan bawak lari isteri
Pak Atan supaya rumahtangga
Pak Atan kelihatan goyah dan orang takut nak menyertai atau masuk ke rumah mereka. Ini akan mengurangkan daya tarikan
Pak Atan.... Pakar ini dikatakan mempunyai kepakaran yang sudah terbukti dan memang handal dalam strategi tersebut.
Dalam diam-diam.... mereka mula mainkan peranan. Mereka mula skoding untuk melihat mana di antara isteri-isteri
Pak Atan yang lemah dan bermasalah untuk dijadikan sasaran mereka. Apabila sasaran telah dikenal pasti..... mereka mula memujuk isteri-isteri
Pak Atan dengan tawaran dan janji yang hebat-hebat. Akhirnya, mereka berjaya membawa lari dua orang isteri
Pak Atan dan mereka sembunyikan mereka. Bila tiba masa yang sesuai.... mereka akan isytihar bercerai dengan
Pak Atan dan berkahwin dengan
Mat No Perak.
Pak Atan yang menyedari kehilangan dua orang isterinya telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi mereka tetapi gagal. Setelah gagal menghubungi isteri-isteri mereka dan apabila mendengar khabar yang mereka telah lari dan berhajat untuk bercerai dengan
Pak Atan, tanpa melenggah-lengahkan masa,
Pak Atan telah merujuk perkara ini kepada Pejabat Kadi dan menunjukkan surat perjanjian taklik yang telah ditandatangani oleh isteri-isteri mereka. Bercerai kerana lari ikut jantan lain.... mereka akan jatuh bangkrup..... bangkrup WOW. Kalau dah tak ada WOW tak laku satu sen!! Bila rujuk hakim Pejabat Kadi... hakim kata surat tak sah dan boleh diragui. Oleh itu, mereka masih lagi isteri
Pak Atan yang sah!
Waduh..... pening kepala.
Pak Atan kata... kita kan cabar keputusan hakim Pejabat Kadi. Dalam pada itu..... salah seorang isteri
Pak Atan.... telah mengisytiharkan bercerai dengan
Pak Atan tapi mahu kekal solo buat masa ini. Sekarang...
Mat No Perak telah berjaya pada dasarnya merampas seorang janda
Pak Atan. Seorang lagi yang dibawal lari mesih terus membisu. Tak per..... kita boleh tunggu, kata
Mat No Perak.. Apa-apa pun
Mat No Perak tidak boleh mendabik dada kerana kes ini mungkin berhadapan dengan proses perundangan apabila dicabar di mahkamah nanti. Sekarang
Mat No Perak, mengambil sikap tunggu dan lihat.... takut kalau-kalau dah meminang janda
Pak Atan tetapi tak boleh dipergunakan.... rugi besar mereka nanti, kahwin janda yang tak da WOW!!
Untuk mengembalikan WOW
Mat No Perak, dia memerlukan seorang lagi. Sekarang dia dok tengah skoding.... isteri
Pak Atan berbangsa Cina dari Jelapang. Menjelejeh air liur
Mat No Perak, nak kan nyonya ni tetapi nyonya ni..... masih bermain teka teki dengan
Mat No Perak dan juga dengan suaminyer
Pak Atan. Bila ditanya... katanya dia akan tetap setia dengan
Pak Atan. Usah ragui aku dan jangan kacau-kacau aku..... runsing dan rimas aku!!
Sekarang....
Mat No Perak dan
Pak Atan sedang main psikologi dan main strategi....
Berjayakah
Mat No Perak mengembalikan WOW nyer dan merampas hak dan takhta
Pak Atan dengan cara politik kotor ini.....? Apakah
Pak Atan akan berdiam diri... atau... akan lakukan sesuatu untuk mengekalkan takhtanya?
No comments:
Post a Comment