
SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari- Lim Kit Siang
PAS akan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat agar membuat penyemakan kuasa undang-undang (judicial review) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran tindakannya menolak permohonan Speaker Dun Perak agar diadakan satu pilihan raya kecil di Behrang dan Changkat Jering.
Peguam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada mesyuarat bersama yang akan diadakan segera ekoran keputusan SPR.
“Kita akan failkan segera permohonan itu di mahkamah jika Pakatan bersetuju dengan cadangan ini,” kata beliau kepada Siasah.-Harakah
2 comments:
Pergi bawa kes ke Makamah, apalah susuh sangat ke?.
tu yang kerajaan PR akan lakukan..inasyaAllah
Post a Comment