Followers

Saturday, February 07, 2009

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK

YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
  1. Pembubaran DUN.
  2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
  3. Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK


TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI

PR – 28 KERUSI

BEBAS – 3 KERUSI
  • ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
  • KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
  • DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.
  • NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
  • NIZAR DERHAKA
  • NIZAR SAMAN SULTAN
  • NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM
Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.


- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.


-jeritan minda politik malaysia

4 comments:

PAPA GOMO said...

NIZAR BERTANGGUNGJAWAP ATAS RUSUHAN YANG DILAKUKAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK.

ANWAR BRAHIM JUGA TIDAK LARI DARI TANGGUNGJAWAP DI ATAS KEGANASAN YANG DILAKUKAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

SEPATUTNYA NIZAR DAN ANWAR SERTA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG LAIN HARUS MENTENTERAMKAN PENYOKONGNYA DALAM ISU INI.

TIDAK ADA SATU PUN SUARA YANG KELUAR AGAR MEMINTA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT TIDAK MEMBUAT ONAR DI DEPAN ISTANA.

JADI KESIMPULANNYA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG MEMBUAT HURU HARA DENGAN KEGANASAN YANG TERCETUS TELAH MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI NIZAR DAN ANWAR SERTA PEMIMPIN PAKATAN YANG LAIN.

ADAKAH PAKATAN RAKYAT HANYA TAHU MEMBUAT KEKECOHAN DAN KEGANASAN???

KENAPA BN TEWAS PADA PRU12 TIDAK PULA MEMBUAT KEKECOHAN???

Azym Azizi said...

Senangnye buat kesimpulan..
Aku pun boleh..
i) Media dikuasi - sbb itu tiada sebarang kenyataan dr pemimpin PR disiarkan.

ii) Pelakon - yg membuat onar tu sebenarnye pelakon2 upahan BN. BN kan banyak duit..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

gomo...

sebelum perhimpunan itu berlaku..MB Nizar ada beri amanat untuk penyokong PR di Kuala Kangsar...tapi bila suara rakyat tidak diiktiraf...hak rakyat dikhianati..itu adalah tindakan spontan dari individu itu..

jangan buat kenyataan yg tanpa fakta gomo..mana2 pemimpin pon tak menggalakkn keganasan..gomo boleh jangka ke tindakan individu itu...kalau tak boleh jangan buat anggapan yg negatif terhadap orang lain...

wallahualam..

Anonymous said...

anda lupa untuk menyatakan bahawa nizar telah mengumumkan pembubaran dewan terlebih dahulu(kerana telah mengetahui 3 adun akan memberikan sokongan kepada BN)tanpa perkenan sultan perak. Ini menunjukkan yang ngeh dan nga(saya sebutkan dua nama di atas kerana saya berpendapat nizar tak tahu apa2 pun) memang tidak mahu sidang di adakan. Alasan tidak mengikut perlembagaan sengaja ditimbulkan utk penyokong mereka yang mudah percaya membuta tuli

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil