soalannya..KENAPA..??
Kenapa BN takut adakan pilihanraya...??Kenapa BN tak sabar nak memerintah di Perak..?? apa yang dikejar.. atau BN kena kejar 'hantu'..??Kenapa tak tunggu PRU13..??
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
13 comments:
lambat sangat PRU 13. Kena menang sebelum berjuang.
Takut? Siapa yang tak takut?
Marah itu adalah tugas Anwar.
Tugas kita adalah rasional.
Wallahualam.
KENAPA PAKATAN TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN???
KENAPA PAKATAN MENDERHAKA PADA SULTAN???
KENAPA PAKATAN MENYEBARKAN FITNAH???
kalau PR x takut~
wat relax suda~
PRU13 lawan la balik~
takut gak ke?
sampai nak saman Sultan.
org bukan melayu lak tuh~
x malu ke?
Salam
Nanti Nizar kena daulat..sbb masa mula2 angkat sumpah jadi Mb nak taat setia pada agama, raja dan negara..Tapi bukan buat akuan bersumpah yang RM5 tu. Ni supah bukan main2..atas nama Allah lagi tu.. Kena ingat tu...Kan sekarag dah jadi penderhaka.. Klu isteri disuruh taakan suami...klu rakyat disuruh taatkan pemerintah..selagi ia tak menzalimi sesiapa..
Ulat&Kulat
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir...
ceramah pertahan kan kerajaan DAP!
apa punya bangsat Melayu2 PR ni..sultan pun korang hina..
SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.
TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.
Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.
Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.
Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :
"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*
*H/R Muslim.
Imam Al-Barbahary berkata :
"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*
*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.
"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *
Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.
Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):
Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *
Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.
Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.
Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Waallahua'lam.
harimau,
sbb amno takut le biawak hidup 2 ekor tu akan lepas dr tuduhan rasuah.
bahaya wooo buat prk sekarang ni.
DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.
DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata
DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA
DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI raja pula tunduk sebak di dada.
DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda
Dari Panglima Cyber.
Nizar telah ingkar salah satu dari sumpahnya..Diaharapkan 'TULAH' atau 'DAULAT' tidak menimpa beliau..
Ulat&Kulat
UMMI ANNI NI TAK HABIS2 NAK BUAT BEST..
DAHH KALAH TU, TERIMA JE LA KENYATAAN
SUDAH2LA... TAK DAPAT NAK CARI MAKAN..
APA2 PON, JANGAN TERLALU TAKSUB UUMI!
-MAT PI
ishh..ishh..ishh...ingat ummi makan gaji ke...hahaha
sian korang ekk...jangan samakan bloggers PR dengan bloggers BN..kita sama tapi tak serupa..ingat tu...!!!
hehehe
BN takut buat pilihanraya kerana dah tersungkur diPermatang Pauh & Kuala Terengganu.Mereka bukan saja takut kepada rakyat juga kepada penyokong mereka.Janji-janji pada piliharaya kecil yg lalu pun belum ditunaikan.Kalau buat pilihanraya diperak mampus najib nak bagi duit.Sikit punya penyamun ka yang sedang tunggu.
Tentera Anai-anai.
Post a Comment