Followers

Tuesday, February 03, 2009

kisah 2 EXCO yang terlampau...

sumber Misbahul Munir

Isu hilang 2 exco bermula apabila kunjungan hormat Pengerusi PKR yang baru (tuan Hj Osman) kepada Menteri Besar di pejabat MB, beliau sebagai Timbalan Pengerusinya tidak hadir. Kali terakhir dia jumpa saya (tak ingat tarikh), beberapa hari sebelum hari mengundi Kuala Terengganu, sehari dua selepas saya balek dari Tanah Suci, beliau meminta saya rekomen pada YAB MB supaya permohonan balak syarikat rakannya diluluskan. Saya jawab Insya Allah. YB Osman juga tidak hadir dalam kunjungan tersebut.

Dalam mesyuarat menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Alor Setar, beliau dipilih mewakili EXCO PKR Perak (kerana kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan). Mesyuarat yang sebegini penting, beliau tidak hadir dan tidak memaklumkannya kepada YAB MB Perak. Tempatnya digantikan oleh YB Osman, itu pun tidak ikuti sehingga habis.

Sewaktu ADUN Bota mengunjungi YAB MB Perak, beliau berdua juga tidak hadir sama, EXCO-EXCO dari DAP dan PAS hadir, termasuk juga ADUN-ADUN, ramai yang hadir meraikan kunjungan ADUN Bota ke pejabat Menteri Besar. Semua menyatakan seronok dan gembira dengan kemasukan ADUN Bota ke Pakatan Rakyat.

Kelibatnya terus tidak kelihatan di Pejabat EXCO sehinggalah sekarang. Bermacam usaha digunakan untuk mengesan mereka, YAB MB Perak dan Juga YB Dato’ Seri Anwar juga turut menghubungi melalui panggilan telepon, pesanan suara dan SMS, namun tidak ada jawapan. Pegawai khas dan pemandunya sekadar memberitahu kedua-dua YB tersebut sakit, tetapi mereka sendiri samada melalui pegawai khasnya atau sesiapa sahaja tidak ada yang memaklumkan kepada MB.

Kehilangannya menjadi tanda tanya, berbagai andaian dan rumus mengatakan mereka akan masuk BN atau bebas. Apabila Pak Lah sendiri buat kenyataan 3 orang dari Pakatan Rakyat akan menyertai BN, kami buat kesimpulan 2 orang itu adalah YB Jamal dan YB Osman.

Mesyuarat tergempar diadakan di rumah MB, ADUN-ADUN Pakatan rakyat hadir termasuk Adun Bota, yang tidak hadir memaklumkan kepada MB atau pengerusi parti masing-masing. YB Hee yang turut tidak dapat dikesan 2 hari sebelum ini, juga dapat dihubungi pada sebelah malamnya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

Setelah kesepakatan dibuat, MB buat kenyataan akhbar, 2 EXCO ghaib tanpa dikesan, MB membuat telahan ini kerja jahat BN yang mahu mencolek 2 EXCO tersebut bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada malam Isnin semalam, Speaker membuat kenyataan akhbar, 2 EXCO telah meletakkan jawatan apabila beliau menerima surat perletakan jawatan di kediamannya jam 5.45 petang. Kenyataan media keluar di berita jam 8.00 dan jam 9.00 malam. Apabila berita itu keluar, tak semena-mena kedua-dua EXCO yang menghilang diri terus muncul buat kenyataan kepada media menafikan perletakkan jawatan.

Hari ini SPR buat kenyataan bahawa kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kekal diwakili oleh kedua-dua Adun tersebut dan menolak notis Spekaer yang dihantar kepada SPR.
Pakatan Rakyat negeri Perak akan bersidang bagi mengambil tindakan seterusnya mencabar keputusan SPR. Kita tunggu dan lihat seterusnya.

Saya difahamkan selepas ini kedua mereka akan digunakan oleh BN untuk memburukkan MB Perak, Insya Allah saya akan jelajah seluruh negeri bagi menjawab tohmahan tersebut, blog ini juga akan aktif menjawab semua isu dan tohmahan oleh mereka.

8 comments:

sEmut said...

gua tak sabar nak ludah wakil rakyat macam 2 ekor tu. ptui!

kulatlapok said...

sEBENARNYA DUA EKOR MANGKOK HAYUN NI DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. DUA EKOR NILAH MENYEBABKAN PAS MENDAPT TEMPIASNYA AKIBAT KEBUSUKAN PERANGAINYA....

TokJanggut said...

Sabor Yop.....setiap manusia membuat kesilapan.

Unknown said...

Biarkan tikur membaiki labunya. Biarkan labu jahannam dan tikus kelaparan.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam semut...

kita tak boleh nak salahkan mereka berdua ni 100%...semuanya mesti bersebab..yang pasti BN punca segalanya..kerana tak boleh terima kekalahan di Perak ni..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mr.kulat..

PKR memanglah asal dari amno..walaupon tak semua..tapi majoriti memang dari amno..

doakan semoga kerajaan PR perak dilindungi Allah..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam imrani dan mountdweller..

semoga semuanya selesai dengan aman dan masing2 berlapang dada...

PAPA GOMO said...

TO.... kulatlapok

ERRR ANWAR BRAHIM BUKAN DARI UMNO KE???

SI KHALID TARZAN???

EMMM PKR BUKAN MAJORITI NYA DARI UMNO??

JANGAN MARA-MARAH....
BAWAK BERSABAR....
CERITA NI MASIH PANJANG LAGI...
BULAN MAC NI LAGI KES BESAR GILA-GILA PUNYA KELUAR!!!

KITA TUNGGU DAN LIHAT!!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil