Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri pada sidang media petang ini kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.
tengok berita di TV1 tadi... dalam sidang akhbar untuk 2 orang ADUN Perak yang 'sakit' ...memberi kita jawapan secara otomatik kepada banyak persoalan yang timbul sejak berita 'kehilangan' 2 ADUN ini ...Beliau berkata, Jamaluddin kini dalam perjalanan ke ibu negara dari Pahang.
“(Jamaluddin) tak dapat datang kerana tak sihat, bukan hilang, bukan dilarikan,” katanya kepada pemberita pada sidang media ringkas di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang ini. - Bernama
.
menurut pegawai khas YB Jamaluddin..Firdaus Shaharudin...Jamaluddin telah mengambil mc dari hari Rabu hingga Jumaat..sebabnya sakit tulang belakang..so dia pergi bercuti ke Pahang...'orang sakit' tulang belakang ni telah diberi rawatan di sebuah 'tempat yang dirahsiakan' untuk berehat..bukan untuk mendapatkan rawatan...tapi hanya untuk 'berehat' dan hanya di Pahang saje ada ubat untuk 'penyakit'nya..yang hairan 'tempat' tu tak benarkan kaum keluarga datang bersama...apa lah nama tempat 'berehat'nya tu sampai lokasinya dirahsiakan...??
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu sekali lagi menafikan telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.apa ke jadinya mereka ni...nak ke kiri tak boleh...nak ke kanan dah payah...cadang nak hijrah parti...tapi tak kesampaian..dikatakan depa letak jawatan..tapi dinafikan kerana kalau depa letak jawatan...depa tak boleh bertanding selama 5 tahun....pi mai pi mai depa kata depa masih wakil rakyat PR...Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan yang diedarkan wakilnya, Puzi Ghazali kepada sekumpulan wartawan yang menunggu beliau di sebuah hotel di sini.
Osman yang dikatakan akan mengadakan sidang media pada pukul 2.30 petang bagaimanapun tidak muncul sebaliknya menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut.
BN mengharap penambahan kerusi di Perak...tetapi hampa...apakah kesudahan episod ini...anda kena bersabar..kerana ia akan 'to be continued'....
No comments:
Post a Comment