Followers

Monday, February 02, 2009

pertarungan baru nak bermula....

..Nampaknya kesal tak sudah jadinya si Jamaluddin dan Osman kerana tidak kesampaian untuk diterima masuk oleh Umno kerana kedatangan mereka hanya terkonteng-konteng dengan teloq masing-masing...(meet uncle alhusseyn)
Muktahir pagi isnin :
Setakat pagi ni, permainan Perak nampaknya menyebelahi PKR. Game pertama, acara lompat-lompat: PKR tahu, dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang bermasalah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tu memang susah nak lepas.

Khabarnya, kalau mereka masih keras kepala nak duduk dalam PKR, sebaik hakim membuat keputusan, mungkin kosonglah kerusi Behrang dan Changkat Jering. PKR bertindak cepat, diciluknya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno.

Patutnya bukan seorang. Tetapi sebaik sahaja Adun Bota masuk PKR, ramai pulak yang jakun sangat dan tak reti duduk diam dan menjerit-jerit sana-sini - Ada lagi! Ada lagi!

Bila dah jakun sangat menjerit sana-sini, takkan Umno nak duduk diam. Hampa ingat depa bodo?!! Dikepungnyalah Adun-Adun dia.

Tak jadi melompatlah satu dua yang sepatutnya melompat. Apa pun, dalam game pertama iaitu game lompat-lompat tu, PKR menang 1 - 0.

Selepas itu, tiba-tiba dua Exco yang bermasalah tu hilang ghaib. Tup-tup dilaporkan kononnya dah ada di rumah Datuk Seri Najib Tun Razak. Makan minum, tidur baring dan berak kencin di situ. Dah masuk game kedua. Game sentap-rentap.

Tak sempat Umno nak sentap (sila lihat berita Malaysiakini "PM: Ada kemungkinan Adun PR sertai BN" - dia ni bodo macam sesetengah puak PR jugak. Tak dan apa lagi, dah seronok sangat nak bercerita. Agaknya meradang tak terkiralah bakal Perdana Menteri), PKR dah rentap awal lagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Adun tersebut kira-kira jam 5.45 petang semalam (lihat Malaysiakini "Speaker: Dua Adun PKR Perak letak jawatan").

Terkejut babun dua Adun tu. Salah seorang dari mereka, Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Rasanya, bukan setakat dua Adun tu saja yang terkejut babun. Orang yang dianggap menjadi arkitek game sentap dari pihak Umno, bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin lebih terbabun lagi. PKR 2 - Umno 0. Mungkin Najib terasa dirinya dibangangkan atau memang betul-betul bangang. Mungkin.

Kita tunggulah pilihan raya kecil. Saya rasa pilihan raya kecil ini adalah antara dua harimau yang tercedera - between two wounded tigers. Umno tercedera kerana kehilangan negeri Perak dan PKR pula tercedera kerana dicederakan oleh dua orang yang pernah menjadi harapannya di Perak.

Mungkin PKR bangang dalam soal memilih calon sebelum ini (PAS pun taklah cerdik sangat. Orang yang mengakibatkan PAS kalah teruk di Kelantan dalam pilihan raya 2004 dulu dipilih lagi jadi calon dan menang pula. Dah jadi Adun pun. Cakap pandai pulak tu, orang tu sapu duit, orang nu sapu duit. Umno tak payah cakap la. Dia tak bangang dalam soal pilih-memilih ni. Dia terlebih cerdik sampai Tun Dr Mahathir kata "kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah" . Kita tengoklah nanti, adakah PKR akan tetap bangang memilih calon.
(Bro Bakaq-penarik beca)

sumber ABO

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil