Followers

Saturday, February 07, 2009

Enam sebab mengapa kita perlu bertahan......


Enam sebab mengapa kita perlu bertahan.

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.

5.Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.


http://bloggersnetworkmalaysia.com

6 comments:

PAPA GOMO said...

DAH LAH UMMI...CUKUP..CUKUP LAH...

TUNGGU PRU 13 NANTI...

TAKPUN TUNGGU YANG ANWAR JANJIKAN...

ANWAR KAN DAH JANJI YANG 40 MP BN AKAN LOMPAT MASUK PAKATAN...

DAN KERAJAAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH MALAYSIA NI...

SO TUNGGU JELAH TARIKH 16 SEPT TU..

MANA TAHU TAHUN NI KE...
TAHUN DEPAN KE...

KITA KENA FIKIR EKONOMI NI...
BELANJAWAN....JIMAT....

GOMO SAYANG SEMUA...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ishh..ishh..gomo

kita kan ada perjuangan masing2..gomo dengan ketuanan melayu gomo...dengan raja2 melayu yang telah BN hapuskan kekebalan nya...

ummi dengan ketuanan Islam...suara dan hak rakyat...

kalau ummi suruh gomo berhenti dengan perjuangan gomo..gomo nak berhenti ke...?? kalau jawapannya tidak..ummi pon gitu...

lawan tetap lawan..!!salam ukhuwah buat semua umat Islam...

wallahualam..

Anonymous said...

DAP KUDA PAS..
HANYA PENYOKONG PAS YANG BODOH SAHAJA YANG INGIN MENAIKKAN NIZAR KEMBALI MENJADI MB DI PERAK

MB PERAK BARU SUDAH DILANTIK OLEH SULTAN, YANG PASTINYA, NIZAR BONEKA DAP TU SUDAH GILA TALAK

PENJILAT PR, YANG MENJADI GILA SUKU DAN YAHUDI MELAYU MEMALUKAN AKU SEBAGAI ORANG MELAYU

BANGSA AKU SENDIRI MELAWAN DAN MENGHINA RAJANYA, AKU MALU

AKU MALU DENGAN ORANG PR YANG DIANGGAP SEBAGAI PENDERHAKA KEPADA SULTAN MEREKA, OLEH SEBAB PERBEZAAN POLITIK DAN INGIN MEMENOHKAN POKET MEREKA, MEREKA MEMECAHBELAHKAN MASYARAKAT DEMI PANGKAT


PENYOKONG PR DAN PENJILAT PR ADALAH SAMPAH DI MALAYSIA INI


PENJILAT PR = YAHUDI MELAYU!!

Anonymous said...

GOMO,
UMMI TAK PUAS HATI SEBAB NIZAR DAH JATUH, TAK DAPAT LA NAK CARI MAKAN

SEBELUM NI DIA DAPAT CARI MAKAN, SO LEPAS PR JATUH DIA PON SUSAH HATI LA

KETUANAN ISLAM APA TAH YG DIA NAK PERTAHANKAN, ORANG SEMUA DAH TAHU, ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM

YANG KITA NAK PERTAHANKAN SEKARANG, HAK KITA DAN RAJA2 MELAYU

ORANG PR LA JUGAK YANG DOK HINA MELAYU, APA PULAK UMMI TUDUH BN?

KANG KALAU SAYA CAKAP UMMIE NEH BENGONG, MARAH PULAK

Azym Azizi said...

Saya sokong ummi..=)
Perjaungan belum selesai sehingga malaikat maut dtg menjemput..

Tanpa nama,
sengal jugak ko ni. Pikiran ko tahap mana tah.
Ko ingat yg bagi rezeki tu org2 BN-UMNO?
Pikir2 lah balik..sape yg bg rezeki..

CUba pikir balik..sape yg benarkan Melayu dihina..
Cuba la pegi kat Bangsar ke..Bukit Bintang ke..
Pegi waktu malam tau..takpun pagi2 buta..
Cuba ko lihat, tanya & kaji, bangsa apakah itu?
Yg jln terhuyung hayang itu? Yg berpakaian kekurangn kain itu?

Itu dari satu sudut.

Beralih ke sudut yg lain.

Sape yg benarkan aktiviti sebegitu dibenarkan?
Knp takde FRU sembur2 gas pemedih mata ke utk
suraikan "aktiviti haram" ni?

Klau ko syg sgt kat Ketuanan Melayu ko tu,
letakkan ISLAM sbg tanda aras matlamat ko.

p/s: Bukan semua org melayu skrang ni ISLAM.
Tak caye? Pegi check kat jabatan agama berapa ramai
dah MURTAD.

Kamus
MURTAD = Keluar Islam @ bukan menganut agama Islam

Anonymous said...

umno adalah pecacai mca,gerakan & mic.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil