Adalah dengan ini, 2 MB akan mula bertugas hari ini. Di katakan salah seorang dari MB akan di halau. Siapakah dia? Satu soalan bodoh yang saja nak tanya korang. hahaha...
"
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Zambry serta majoriti ahli-ahli UMNO mungkin masih meraikan kejayaan BN menawan semula Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaupun kerajaan baru yang dibentuk oleh BN ini agak lemah, hanya bergantung pada sokongan wakil rakyat Bebas (setelah umum keluar parti) namun Najib begitu bersemangat sekali mengatakan bahawa BN akan cuba bertahan hingga Pilihanraya Umum akan datang.
Persoalan yang bermain dalam fikiran pemerhati politik waktu ini, mampukah kerajaan BN yang sekadar bergantung pada sokongan wakil rakyat Bebas bertahan hingga menjelang pilihanraya ke-13. Tiga tahun, satu tempoh yang boleh merubah segala lanskap politik negara. Beberapa masalah yang bakal dihadapi oleh BN khasnya Menteri Besar yang baru Datuk Dr. Zambry.-blog budak-manjoi.blogspot"
No comments:
Post a Comment