Paper apa teman baca semalam...tak berapa ingat. Tapi isi kandungannya mencuit hati teman.
Khabonye juga bila mak bapak si katak betina ni ke pasar...peniaga2 tak nak jual apa2 kat dia orang...bila gi restoranpun tauke restoran buat2 tak tau...
Di Behrang pulak khabonye...si postman tu dah di culik oleh FedEX...khabonye dibayar gaji 29 x ganda. Tu lah sebabnya minggu lepas dia ada di Pahang...dok deliver parcel rupanye...kalau setakat postman...kawasan dia kat Behrang aje...
MOM (Majlis Olimpik Malaysia) juga khabonye telah menyenaraikan ADUN Bota sebagai salah seorang wakil negara dalam Sukan Olympic di London tahun 2012. Dia ni bukan sahaja setakat acara lompat tinggi yang dia bakal ambil bahagia...khabonye asal ada perkataan lompat dalam apa2 acarapun dia akan masuk. Ini termasuklah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lompat bergalah dan beberapa acara gimnastik.
Tidak ketinggalan juga khabonye...kesemua ADUN yang melompat tempoh hari juga akan mengambil bahagian di dalam acara berpasukan. Tak taulah pulak teman apa acaranya. Mungkin acara lompat si katak lompat kot?
Dengan ini agak pastilah teman..di dalam sukan Olimpik yang akan datang kita akan sama taraf dengan Perancis, German dan Australian di dalam pungutan pingat emas.
Pada masa tu...bolehlah justify pemberian wang sebagai hadiah kemenangan. Bolehlah bagi gelaran Datuk Seri. Pandai tak Najib?
1 comment:
hahaha..mengata org pandai
Post a Comment