Satu Sidang Media Khas antara Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan Para BloggersNetwork@Perak telah diadakan di Bilik Media.Satu Rakaman Penjelasan MB berkaitan dengan isu semasa telah dibuat.
Antara yang diperjelaskan ialah :
1. Kes Makhamah ( Menfailkan Permohonan Pengistiharaan Bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak masih Kerajaan yang sah ) - Ia akan di Failkan Di Makhamah Tinggi Jln Duta,pada jam 11.30 pagi...
NOTE : Semua Rakyat diminta hadir untuk menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
2. Isu Kereta Rasmi dan Rumah Rasmi Menteri Besar dan Exco.
- Menteri Besar dan Exco dijangka akan mengembalikan Kereta Rasmi Kerajaan pada Malam ini dan Esok hari.Semua Kenderaan tersebut akan diletakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
- Dato Seri akan dijangka mengosongkan kediaman selewat-lewatnya 10 hari dari sekarang.
- Proses untuk mencari kediaman buat Dato Seri dan Keluarga masih dalam Proses carian.
NOTE : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun Beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah.
3. Sambutan Jubli Perak ( Sempena Pentakbiran Sultan Perak yang ke 25 )
- Dato Seri menyatakan bahawa Beliau dan Para Exco akan tetap menghadirkan diri pada Majlis Sambutan Jubli Perak yang akan diadakan di Istana Iskandariah K.Kangsar pada 14/2/09.
- Ini menunjukan bahawa sebenarnya tiada masalah yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Institusi Istana terutamanya melibatkan Baginda Tuanku..
NOTE : Dato Seri juga menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan dan sebarang PROVOKASI yang akan atau tercetus nanti.Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung mengajak RAKYAT untuk membuat sebarang Perhimpunan di K.Kangsar.
Sidang Media ini akan dapat anda tonton dalam video yang sedang kami usahakan untuk dipertontonkan...Harap semua bersabar!!
-sya~reformis
ummi dapat sms yang berbunyi..
'belum apa2 MB yg tak sah sudah lantik 3 pegawai khas bertaraf exco,gaji RM 10,ooo sebulan tak termasuk elaun ADUN RM6,ooo sebulan,kereta,pemandu,tiket kapal terbang,penginapan hotel first class & elaun sewa rumah.Jelas kelihatan kerakusan mereka.Inilah yg dikatakan tradisi membela diri dahulu.Masa Pakatan Rakyat memerintah kesemua pegawai2 khas menerima gaji bertaraf kerani biasa sahaja.Mengapa tidak terus diisi 4 jawatan exco yg masih kosong itu supaya pembaziran wang rakyat dapat dielakkan?Jawapannya sengaja dibiarkan kosong sebagai umpan kepada ADUN2 PR iaitu kalau mereka melompat,jawatan exco sedia menanti sebagai habuan.Kepada ADUN2 BN pula kalau mereka keuar BN & serati PR peluang mereka untuk jadi exco turut terlepas.Inilah politik BN,semuanya halal.Perangai mereka tetap sama dulu,kini & selamanya.Itu pun orang melayu masih tak sedar,termasuk sultannya sendiri.'
Thursday, February 12, 2009
dari bilik media Blggersnetwork
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
2 comments:
Jangan setakat baca blog dan komen ja, pi buat KERJA, semua orang yang mengaku simpati dengan Hj Nizar kena mula buat KERJA. Banyak KERJA kita boleh buat secara indivdu. Takkan nak harap kami-kami bloggers yang tak berapa kerat ni jaa..
menghitung hari....
Post a Comment