Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh - yang berura-ura menyaman Sultan Perak - di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.
Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.
Polis juga membawa Dr Khir dan tiga ketua Pemuda Umno itu di balai polis bandaraya di Jalan Patani untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan haram itu.
Mereka berada di balai itu kira-kira setengah jam sejak 3 petang.
Ketua-ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said; Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustafa Kamal Sheikh Ismail.
Pembantu khas kepada bekas menteri besar Selangor itu, Ab. Jalil Aboo Backer menjelaskan, Dr Khir menyertai perhimpunan tersebut atas jemputan Pemuda Umno Pulau Pinang, tambah Ab. Jalil.
kena tahan ke... jemput dia melawat balai polis....
apa kena tahan.... tak baik korang sangka buruk kat pimpinan UMNO/BN...dema ni takkan kena tahan..depa bukan buat salah apa pun..cuma berhimpun secara haram aje..
tu pun nak kecoh...!!
6 comments:
Khir toyo bukan di tahan ,atau di ambil keterangan oleh polis. Ni semua lakonan sesama mereka. Saja nak tunjuk kat media umum bahawa polis tak pilih kasih. Padahal dalam balai mungkin Khir toyo & co siap di hidangkan teh lagi. Percaya lah ni sandiwara saje. Kalau Barisan Alternatif terus kena tahan remam terus.Sandiwara...sandiwara
SHOUTMIX PENUH LAH UMMI.
EMMM HARAP ADA NYA DARI PAKATAN RAKYAT YANG BERTANYAKAN SOALAN INI PADA MAT SABU.
SALAM UMMI.
kenapa harap orang PR lak tanye...kan gomo yang nak tahu kenapa kan..gomo la tanye...mat sabu ada blog...try la tanye..
EMMM BAGI LINK BLOGG MAT SABU UMMI.
KAWAN NAK USHA SAUDARA KAWAN NI.
PHD..perasaan hasad dengki yang tak sudah-sudah..
ada orang umno baring kat jalan raya tak? baling kayu ke? hahaha
Post a Comment