8.50 pagi.
Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.
Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.
Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.
Kehadiran penyokong2 yang membawa sepanduk sokongan kepada MB Perak yang sah dalam kumpulan kecil dan bererak dari jauh krn jalan utama telah disekat oleh FRU. Mata-mata banyak berkeliaran. FRU terus mengetatkan kawalan. Cuaca pagi makin panas. Keadaan di perkarangan dan dibahu jalan Kompleks Islam Ipoh, dipenuhi orang ramai.
1 comment:
salam kak ummi!!kesian ye kak ummi ana tengok foto2 FRU tuu.. dia orng kena ikut arahan TOK KETUA.kalau pegi tanya salah sekor dari yg ramai2 tu.EHH APA YU ORANG RAMAI2 KAT SINI NI?tentu diaorang akan geleng2 kepala diaorang yg merah tuu. nak cari makannnn.ana syor pegi kutip besi buruk lagi A laa.
Post a Comment