Followers

Monday, February 09, 2009

adakah kuasa rakyat akan dizahirkan di 2 PRK nanti..??

  • Selepas melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Kedah, V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.
  • Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini.
  • Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.
  • Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.
  • Siang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.
situasi politik sekarang selalu membuatkan ADUN atau MP di Malaysia ini seperti 'biskut '..kejap ada..kejap takde...kejap hilang..kejap lagi terbit....kalau biskut boleh dimakan dan kenyang juga....tapi yang ini makan tak boleh..kenyang jauh sekali...menyusahkan orang ada la...

ADUN V Arumugam dikatakan mempunyai skandal dan sentiasa mendapat tekanan dari pihak yang tak bertanggungjawab...maka dia mengambil keputusan untuk melepaskan segala jawatannya bagi mengelakkan peristiwa ADUN di Perak menimpa beliau...ni baru gentelman..seorang punya pendirian teguh dan berprinsip...keputusan menyerahkan hak kepada rakyat untuk memilih sendiri ADUN Bukit Selambau lebih baik dari dia jadi 'katak'...apakah PRK kali ini akan memperlihatkan gelombang kebangkitan rakyat untuk mengajar pemerintahan yang zalim..??

kita akan menghadapi 2 PRK...di Bukit Gantang dan Bukit Selambau...kita tunggu dan lihat...siapa lebih berkuasa...RAKYAT atau PEMERINTAH..??

wallahualam...

1 comment:

Anonymous said...

HIKMAH DISEBALIK KEMATIAN MP BUKIT GANTANG UNTUK RENUNGAN SULTAN PERAK


SALAM…

Sebagai seorang yang beragama Islam, aku mempercayai akan wujudnya hikmah dan pengajaran dalam setiap perkara/peristiwa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Dalam konteks politik di Perak akhir-akhir ini telah terhasil satu keputusan yang jelas sekali menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akibat dari Kuasa yang ada pada Sultan dan Raja-raja Melayu. Keengganan Sultan Perak mempekenankan pembubaran DUN untuk diadakan Pilihanraya negeri, kedengaran di sana sini suara Rakyat yang inginkan Rakyat membuat pilihan. Siapakah dan Bagaimanakah pilihan mereka untuk menentukan peneraju negeri mereka. Malah Sultan tetap dengan keputusannya, membayangkan bahawa keputusan Sultan tersebut adalah mutlak atau tidak terbatal. Sama ada adil atau tidak, sama ada rakyat mengeluh atau tidak, itu bukan pilihan Tuanku. Yang pastinya, keputusan Tuanku tersebut telah memulakan dimensi baru dalam ragam politik Malaysia. Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah berlaku. Semua rakyat terpanggil bersama-sama untuk belajar dan menganalisa krisis undang-undang tersebut daripada yang buta huruf hinggalah golongan akademik, masing-masing bercakap-cakap dan memulakan Tesis baru untuk kajian ilmiah mereka. Sangat menarik bukan…

Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu adalah sebahagian dari hikmah yang terdapat di dalam Peristiwa Rampasan Kuasa 6/2/2009 setelah tertubuhnya Kerajaan Haram Negeri Perak.

Pada 10/2/2009 akan berlakunya angkat sumpah Exco untuk Kerajaan Haram Negeri Perak seperti yang dijadualkan. Manakala sehari sebelumnya pada 9/2/2009 hari Isnin Negara dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen dari Perak iaitu dari Parlimen Bukit Gantang. Kenapa Sultan enggan membubarkan DUN? Kenapa Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia sebelum Exco Kerajaan Haram menggangkat sumpah? Kenapa wakil rakyat dari Perak yang meninggal dunia dan bukan dari negeri lain? Itu semua adalah urusan Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Bagi aku, hikmah yang terdapat dari peristiwa tersebut adalah dengan keputusan MUTLAK Sultan Perak yang enggan membubarkan DUN untuk diberi pilihan kepada rakyatnya memilih pemimpin. Malah keputusan Tuanku adalah TIDAK ADIL dari pandangan rakyatnya…ramai yang kecewa…ramai yang bersedih dan lagi ramai yang rasa diperbodohkan.

Maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang ini dengan sendirinya Pilihan Raya Kecil akan berlaku sebagaimana yang dipersetujui dalam lunas-lunas demokrasi Malaysia. ALLAH S.W.T MAHA ADIL untuk hambanya, maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut rakyat telah diberi peluang untuk kembali memilih pemimpin pilihan mereka setelah dinafikan oleh Sultan Perak. Secara tersiratnya, keputusan yang terhasil dari PRK yang akan diadakan nanti akan dapat mengukur sejauh mana keputusan Tuanku Sultan Perak adalah betul dan wajar untuk kebajikan rakyatnya. Wallahualam…

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA BERKUASA.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil