KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.
"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.
"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.
Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.
"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.
ummi..
dah terang lagi bersuluh..ketakutan yang amat sangat terhadap kebenaran yang disebarkan oleh akhbar alternatif membuatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas dan melarang peniaga2 menjual dan mengedar akhbar Harakah dan Suara Keadilan...
kalau lah Harakah dan Suara Keadilan dah dirampas..tak hairan pengendali blog juga akan mendapat tekanan tak lama lagi....
Lawan Tetap Lawan..!! demi kebenaran dan hak rakyat..!!

2 comments:
ooo.. rampas ek?
" umno memang takde telor,mjlh hiburan,lucah berlambak x kacau pula,kalau berani biar ajelah,sblm ni x bising pun,takut sgtlah tu"
Details
Post a Comment