Followers

Saturday, February 14, 2009

UMNO boleh....!!

Petang tadi rakan-rakan BLOGGGERNETWORK@PERAK yang lain pergi ke Bukit Gantang untuk meninjau kawasan yang akan kami berkampung nanti. Sedang kami pusing-pusing di sekitar kawasan tersebut .... tengok kat area ni banyak pulak bendera UMNO/BN yang dah dipasang!!!! Masalahnya yang dibagi FAHAM semua proses KEMPEN dan Pemasangan semua benda berkaitan Pilihanraya ni hanya boleh dipasang bila dah buat Hari Penamaan Calon bukan sebelumnya....!!! Ni yang buat bertambah MUSYKIL ni...







tak sabornye dema.....


Berita kecik boleh dikongsi di sini ialah :

1. Bendera Umno dan Bn dan pun dinaikkan pada setiap tiang yang ada disepanjang jalan, yang belum hanya di tiang-tiang rumah.

2. Terdapat lebih daripada 2800 pengundi dimana 80% wanita pada PRU12 yang lalu tidak keluar mengundi. Sebab mengapa mereka tidak keluar akan dikupas dalam artikel khusus.

3. Makcik-makcik kiah baik dari Keadilan mahupun muslimat PAS dah bersedia dengan penuh semangat untuk mempertahankan kerusi PR. Ini dapat dilihat dengan dengusan semangat yg betul2 panas berbara untuk mengajar Umno-BN kali ini.

4. Banyak sekatan jalanraya dibuat disepanjang perjalanan kerana 'Majlis Santapan' yg diadakan malam ini di Kuala Kangsar.

5. Strategi menawan pengundi atas pagar dan ahli Umno untuk memihak kepada PR sedang dijalankan dan diupdates setiap masa oleh petugas sukarela.

6. Bloggers PR mula dikenali dan dirai oleh orang kampung ketika sesi ramah tapi mesra.

Berita Besar :

1. Isteri Mr. Os sehingga kini masih tidak tahu dimana suaminya berada sejak 'hilang' pada awal Februari lalu. Komunikasi beliau dgn suaminya hanya setakat 'hello-hello' dan 'sms'san sahaja tanpa mengethaui dimana Mr. Os tinggal kini. Kesian noo !

2. Banner-banner 'marah' dan penuh emosi banyak digantung di sepanjang jalan Cangkat Jering-Kuala Kangsar-simbol protes kepada tindakan katak-katak.

3. Kerajaan lompat hanya mungkin dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan sahaja. Dan MB Nizar akan mengambil alih semula haknya sebagai MB Perak yang sah. Posting khusus akan diterbitkan nanti.

4. Pejabat Keadilan dan Markas PAS mula diaktifkan dan telah beroperasi sejak 4 hari lalu.

5. BloggersNetwork@Perak akan memperolehi sebuah markas baru yg setaraf resort 6 bintang, iaitu sebuah rumah kampung di dalam kampung **** untuk menjalankan operasi Newsbuster dari sana kelak.-ABO

1 comment:

IndukYati said...

Bila dah dapat markas baru tu.fokus kena lebih dan komitmen pada tahap unggu laa yea..Teruskan Berjuang

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil