KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman terhadap Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak.
“Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato’ Seri Najib Tun Razak),” kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.
Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.
“Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak,” tegasnya.
Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak
- Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi naishat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.
- Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini
- ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).
- keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini
1 comment:
boneka..
Post a Comment