Followers

Tuesday, February 10, 2009

Nizar akan di'ISA'kan..??

"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.

Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.

Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.

sumber harakah


ummi...

kalau korang cuit MB Nizar ummi yakin...seluruh rakyat akan bangkit...bukan setakat di Perak..malah seluruh negara....jangan cuba2 jolok sarang tebuan...!!

cuit la kalau berani...!!

Hangin betol aku dengar berita ni.....!!!

Lawan Tetap Lawan....!!


*Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah

6 comments:

sEmut said...

berani usik la mb nizar. kalau nak tengok satu malaysia mengamuk. gua sanggup kena tahan sekali. kena buang kerja pun takdehal.

celaka hamid botak!

Pakcik Botak said...

BN x belajar dari reformasi 1998...memang x belajar.

BN pekakkan telinga dan butakan mata.

BN x boleh direformasikan pasal dia derhaka dan tidak tunduk kepada rakyat.

BN bukan berjuang unutk rakyat.

BN akan gagal dalam semua PRK selepas ini kalau x berubah

Unknown said...

gojeng sungguh si hamid ni.. banyak ckp,isi tadakk!!~

Pewaris Melayu said...

hek eleh..
sembang je..
buatnya tak ada pon

biasala,
orang tengah gila talak..
meme mcm tu

Anonymous said...

hamid albar tuh harap kepala je botak tengah,tp otak kosong..otak die dah letak kat lutut!!!buat la kalau berani..nak tgk rakyat malaysia mengamuk..lagi teruk dari tahun 1998!!!!!!!

Tumbuk Rusuk said...

Ummi,

Isu melompat parti mendapat tanggapan berbeda daripada pelbagai pihak. Ianya boleh dilihat daripada 4 pendekatan :
i. Pendekatan perundangan
ii. Pendekatan Moral
iii. Pendekatan Politik
iv. Pendekatan istana

Dari segi perundangan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya menolak supaya diadakan pilihanraya kecil adalah tepat berasaskan kes-kes yang lalu. Yang dipertikaikan Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak adalah mahkamah bukan SPR. Bagaimanapun berasaskan keputusan mahkamah lalu tindakan tersebut tidak salah. Demikian juga dengan kuasa Sultan Perak untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri juga dibuat mengikut budibicara Tuanku dan mengikut peruntukan perlembagaan Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Walaupun tidak mengikut adat, ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk cuba mencabarnya di mahkamah.

Dari segi moral pula pada pendapat saya pada dasarnya memang tidak wajar seseorang wakil rakyat mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasannya. Ini merupakan satu amanah yang harus mereka pikul sehingga habis tempoh 5 tahun. Walaupun ini bukan kesalahan moral sex atau jenayah, tetapi ia dilihat dari sudut etika atau kewajarannya.
Masalahnya sekali lagi isu wakil rakyat melompat parti tidak merupakan satu kesalahan perundangan dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat yang berkenaan untuk berbuat demikian. Ini dapat dilihat pada keputusan Mahkamah Agong tahun1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & lain-lain vs Nordin Salleh & lain-lain. Dan kes seperti ini telah berlaku berkali-kali dalam sejarah pilihanraya Negara.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak melalui ‘lompat parti’ adalah mengenai permainan politik kuasa atau ‘power play’ daripada pihak yang berkuasa atau yang ingin berkuasa. Kerajaan atau pembangkang akan bersetuju atau tidak bersetuju tindakan tersebut adalah bergantung kepada pihak mana yang akan mendapat keuntungan daripada kesan lompat itu.

Jika pihak pembangkang yang mungkin mendapat keuntungan maka ianya akan dihalalkan dengan pelbagai cara oleh pemimpin-pemimpin mereka samada dari parti yang memanggil dirinya Islam atau perkauman mahupun keadilan. Jika merugikan maka timbullah soal menyalahi perlembagaan, menyalahi hak asasi manusia, tidak bermaruah dan sebagainya.

Dan itulah yang berlaku apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim menyertai parti Keadilan yang disambut dengan girangnya oleh Anwar Ibrahim kerana membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak. PAS juga akan bergembira jika Datuk Kapt (B) Zahar dari Selangor yang menyertai PAS baru-baru ini adalah seorang wakil rakyat. Malangnya beliau tidak.

Adakah kita mendengar samada BN atau PAS yang menguasai kelantan dan Terengganu pernah cuba bersungguh-sungguh untuk mengubal undang-undang negeri bagi menghalang perbuatan lompat parti ini.

Apabila Anwar berbulan-bulan mengadakan perang saikologi dengan rancangan mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008 sehingga menimbulkan keadaan ketidaktentuan Negara di bawah Perdana Menteri yang lemah pernah kita mendengar pendirian tegas PAS atau DAP atau peminpin-peminpin keadilan atau Suruhanjaya hak asasi manusia yang menganggapnya sebagai suatu kesalahan atau tidak bermoral?.

Padahal Negara baru ‘kebah’ menghadapi deman pilihanraya umum yang ke 12 dan keputusannya amat memberangsangkan kepada parti pembangkang sedangkan keadaan ekonomi memerlukan rawatan yang serius akibat kegawatan ekonomi global. Yang jelas permainan pengambilalihan ini terus di mainkan hingga berkejaran ke Taiwan..Dimana penganalisa dan pengulas politik ketika itu?

Dimana pemimpin-pemimpin yang bercakap soal prinsip perjuangan yang menentang pengambilalihan melalui pintu belakang. Dimana juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ?. Presiden PAS, Haji Hadi sendiri tidak bercakap mengenai keperluan prinsip pembubaran untuk penghakiman rakyat ? Yang disebut adalah kepastian agar jumlah anggota parlimen Melayu mestilah merupakan jumlah yang majoriti.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa Anwar ketika itu mempunyai senarai yang cukup bilang dan beliau berhajat ingin mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Soalnya mengapa beliau tidak berbuat demikian ?. Tetapi menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan sidang parlimen untuk menguji undi tidak percaya kepada beliau ?

Sebenarnya apa yang perlu Anwar buat adalah memanggil sidang akhbar bersama-sama ahli parlimen BN yang menyertai beliau dan menghantar surat kepada Yang Dipertua dewan bagi menyatakan beliau mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan dan kemudian mengadap SPB Yang Di Pertuan Agong.

Jika Agong perkenan maka prosesnya sama seperti apa yang berlaku di Perak ataupun pembubaran dewan rakyat. Maka tumbanglah kerajaan pimpinan BN. Rakyat pun akan membuat penyesuaian dengan suasana kerajaan baru. Tetapi masalahnya beliau banyak bercakap tapi kandungannya ‘illek’.

Mana ada Perdana Menteri dalam dunia yang memiliki majoriti wakil rakyat dengan ikhlas mahu mengadakan sidang khas parlimen supaya dilakukan undian tak percaya pada beliau ? Atau mungkin ianya merupakan pengalihan daripada isu peribadi yang Anwar hadapi dan beliau tidak mempunyai senarai mencukupi yang dimaksudkan.

Apa yang berlaku di Perak adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib mempunyai jumlah senarai yang cukup untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak dan Baginda telah berpuas hati bahawa kerajaan BN mempunyai bilangan yang majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Baginda telah menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan bagi mengelakkan politiking pilihanraya yang berpanjangan melalui pembubaran dewan.

Semenjak Mac 2008 keadaan politik negara sering terganggu dan tidak pernah tenang. Itu adalah hak baginda berpandukan perlembagaan. Kita harus ingat baginda bukan sahaja seorang Raja yang menggunakan kuasa dan budibicara, tetapi baginda juga adalah bekas ‘Lord President’ yang amat disegani.

Berapa kali mahkamah telah membuat keputusan bahawa surat yang ditandatangani oleh ADUN untuk tujuan meletakkan jawatan tanpa tarikh dan tanpa kerelaan beliau adalah tidak sah. Tektik menandatangani surat sebagai ikatan kepada kesetiaan calon telah dibuktikan mahkamah sebagai tidak sah.

Karpal Singh sebagai peguam sedar perkara ini. Tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Perak ternyata satu lagi gimik politik balas membalas untuk dipanjangkan sehingga pilihanraya yang ke 13.

Ada yang mengatakan mengapa melalui pintu belakang dan tidak melalui pembubaran dewan. ?. Maka timbullah tuduhan tidak bermaruah, belot, khianat dan sebagainya. Singkat sungguh ingatan manusia seperti ini. Dua ADUN PKR yang keluar parti dianggap sebagai rasuah dan berkualiti rendah.

Soalnya mengapa orang yang sama menuduhnya kini rasuah dulu menganggapnya sebagai konspirasi dan tidak perlu digantung jawatan EXCO sementara menunggu perbicaraan ?. Sekarang ini soal prisip samada rasuah atau konspirasi pun kena ikut warna bendera politik !!. Sekali lagi ini bukan sangat soal prinsip perjuangan tetapi permainan politik pihak yang berkenaan.

Lupakah kita bagaimana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu pernah menjadi ‘master mind’ dalam pengambilalihan kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menguruskan pelompatan beberapa ahli-ahli PBS kepada BN pada pilihanraya negeri tahun 1994.

Ketika itu PBS menguasai dewan negeri Sabah dengan 2 kerusi majoriti dengan menguasai 25 daripada 48 kerusi dewan negeri. Maka muncullah nama-nama seperti Yong Teck Lee, Lajim Okin dan lain-lainnya. Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh ketika itu adalah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari kaum Kadazan.

Saya sempat berbual dengan Datuk Lajim Okin yang merupakan ADUN PBS ketika itu yang kini merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan. Beliau menceritakan bagaimana Anwar menalipon beliau supaya menunggu di Bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Subang, bagi membincangkan isu melompat parti bersama-sama ADUN PBS yang lain. Maka terjadilah peristiwa pengambilalihan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.

Tun Mahathir pun tidak harus lupa kerana beliau ketika itu adalah Perdana Menteri. Tak berbunyipun soal moral atau tidak beretika ketika itu. Sekali lagi salah atau benar nampaknya ikut siapa yang untung. PBS ketika itu berada dalam keadaan yang kukuh, jika diadakah pilihanraya semula sudah pasti melalui sikap anti Semenanjung ketika itu PBS akan memenanginya.

PBS berpendapat bahawa kejayaan BN mengambilalih kerajaan negeri tahun itu hanyalah kerana wakil rakyatnya (PBS) menyertai BN dan bukanlah kerana sokongan rakyat. Belaskah Anwar kepada suara rakyat yang telah membuat keputusan memilih PBS? Pekakah Anwar kepada prinsip kuasa rakyat?

Tidak insafkah Anwar terhadap perbuatannya semasa di dalam UMNO maka beliau mahu mengulanginya dalam Pakatan Rakyat melalui Rancangan September 16?. Begitu juga cubaan untuk menarik ahli parlimen dari SAPP Sabah yang gagal melalui Datuk Yong Teck Lee.
Ada yang berpendapat isu lompat adalah hak cipta milik UMNO. Soalnya, orang yang dalam UMNO ketika itu adalah Anwar dan beliau cuba melakukan perkara yang sama melalui Pakatan Rakyat melalui rancangan pintu belakang 16 September 2008. Bagaimana kalau rancangan itu benar-benar menjadi kenyataan?.

Sebenarnya permainan Anwar adalah seperti senjata makan tuan. Senjata itulah dahulu yang digunakan untuk PBS dan senjata itulah memakan dirinya sendiri sekarang. Bekas-bekas pemimpin PBS pasti ketawa besar..Tetapi politik punya alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian. Rakyat mungkin marah tindakan tersebut tetapi dalam kes Selangor pada pilihanraya 1969, melalui lompatan wakil rakyat DAP lah yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu sehingga hari ini. Jika tidak corak politik Selangor akan berterusan seperti Pulau Pinang.

Saya setuju kita perlu beretika tetapi kita harus istiqamah mengenainya. Kita perlu meletakkan standard moral yang tinggi bagi pemimpin politik. Tetapi janganlah panggil ianya rasuah jika kita boleh mendapat keuntungan dan di panggil konspirasi jika kita beroleh kerugian.Prinsip-prinsip keadilan, moral, kebebasan dan perjuangan bangsa dan agama adalah prinsip mulia yang harus mengatasi permainan politik dan ia harus dijunjung pada semua masa oleh semua warna kepartaian.Yang banyak diambil mudah oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah peranan institusi Raja atau istana. Raja Nazrin telah berkali-kali membayangkan keperluan menjaga hak-hak kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Institusi Raja.Walaupun Raja adalah insan biasa namun mereka adalah simbol institusi yang memayungi kepentingan bangsa.

Semenjak PR memerintah, kaum bukan Melayu nampak begitu ghairah mencabar perkara-perkara dasar ini dan ini tidak disenangi istana.Kes pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampong-kampong baru adalah salah satu simbolik yang menyakitkan perasaan orang Melayu dan Raja Melayu. Kita faham ini disebabkan DAP merupakan parti politik yang menang majoriti dalam Pakatan Rakyat melalui 16 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.Nizar ambil mudah dengan angkuh mempertahankannya dan menganggap ini sebagai permainan politik semata. Yang pasti ada suatu kuasa penentu di belakang beliau.

Demikian juga pengumuman pembubaran dewan sebelum mendapat perkenan Raja adalah suatu kesalahan.Itu sebab rakyat Sabah tidak hirau sangat tentang politik rampas kuasa yang berlaku di Perak.

Bagi mereka “itu macam parnah dangar bah!!”

Ha! Ha! Ha!.. suruh Nizar tu terima jer Qada' Allah. Sudah tertulis dia jadi Kuda Tunggangan DAP sebelas bulan jer. Tapi tak pa, PAS diseru bergabung dengan BN.. rasanya tak melanggari syarak, apa salahnya ikut.. Kalau tak ikutpun tak apa... itu tak termasuk DERHAKA.. sebab itu bukan titah.

Tumbuk Rusuk

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil