
-bicara tok iskandar
Ketika Tok bertapa di gunung Ledang tok ada memikirkan sebab musababnya 3 DUN Pakatan Rakyat melompat parti.
Tindakan Jamaluddin dan Osman memang sudah dijangkakan kerana berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menghadapi tuduhan rasuah.
ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering mana ada telur nak masuk penjara.Baik hidup senang sampai anak cucu dengan melakukan lompatan katak.
Cuma Tok memikirkan mengapa UMNO hanya menarik Hee Yit Fong,ADUN Jelapang bersama-sama kedua-dua ADUN PKR untuk membentuk kerajaan baru secara haram di Perak.
Kedudukannya sebagai timbalan speaker di DUN Perak membolehkan sebarang usaha membubarkan dun Perak akan menemui kegagalan dan kemungkinan besar Hee akan dilantik menjadi Speaker DUN Perak yang baru menggantikan Sivakumar.
Eloklah Pakatan Rakyat berjaga-jaga.manalah tahu esok atau lusa Sivakumar pula yang diculik dan Hee akan dilantik menjadi speaker DUN Perak yang baru.
Eloklah penduduk di Jelapang mendesak dan hantar delegasi memintanya meletakkan jawatannya sebagai ADUN Jelapang dan serahkan tandatangan yang berjaya dikumpulkan kepadanya.
Sebenarnya Hee boleh mengancam Pakatan Rakyat di Perak.eloklah speaker DUN Perak usir ketiga-tiga DUN yang sebenarnya tak bebas itu keluar dewan dan juga zambri serta barisan exconya kerana bentuk kerajaan haram di Perak.lepas itu kita buat usul pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula.
Tok kesian dengan nasib seorang lagi Raja Melayu dalam UMNO Perak,Raja Ahmad Zainuddin.Dahlah tak dapat apa-apa jawatan,korang dipinggirkan.elok korang letak jawatan biar diadakan semula PRK di DUN korang.MB korang tu tamak sampai pegang 8 porfolio.
Rakyat Perak sudah nampakkan MB haram yang baru tu tamak sampai pegang 8 porfolio.Dah tak ada dah pemimpin UMNO yang layak untuk pegang porfolio tu atau kau nak rasuah lagi beberapa ADUN Pakatan rakyat untuk lompat parti dengan menjadikan Hee,Jamaluddin dan Osman sebagai broker.
No comments:
Post a Comment