Semua lapisan masyarakat simpati pada Dato' Seri Hj Nizar, setiap hari ada sahaja yang berkunjung dan melahirkan rasa simpati. Yang berkunjung pula berbagai jenis ragam manusia. Lihatlah dalam gambar ini. Sekali pandang, dengan pakaian serta aksesori yang dipakainya, percakapannya, saya percaya semua orang pasti akan kata orang ini........ Lelaki pelik ini pernah beberapa kali datang ke bangunan SUK, sekali dua pernah pernah terserempak dengan saya dan Dato' Seri. Dia mendakwa kononnya ia berketurunan Raja Melayu dari Melaka, namanya Tengku Daing Hj Abu Bakar Hasan.Petang semalam, orang ini berkunjung ke kediaman MB untuk bertemu dengan Datin Seri, petugas Unit Amal tidak memberi kebenaran kerana curiga dengan gelagatnya, saya waktu itu sedang berbincang dengan beberapa rakan, menyedari kekecohan yang berlaku di luar, saya menjengok dan terus menyapa. Dia bersimpati dengan Dato' Seri, dan boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan syarat bagi peluang bertemu dan bercakap dengan Datin Seri, dia tahu Dato' Seri terlalui sebuk, cukuplah bertemu dengan Datin Seri.
Lelaki pelik ini juga tahu, apa yang berlaku ke atas Hj Nizar adalah penganiyaan, tak patut mereka buat macam itu, dia tahu MB orangnya baik, dia bangga dan tidak pernah lupa apabila MB tegur dia di kantin dan mempelawanya makan sekali, dia bercerita kepada orang ramai yang MB Perak menegur dan mengajaknya makan sekali di kantin pejabat.
Dia bercerita dengan penuh semangat, akhirnya dia lupa hasrat nak bertemu dengan Datin Seri, letih bercerita, dia pun minta izin untuk balek.
sumber misbahulmunir
ummi...
kalau sekali pandang memang kita boleh kata orang ini ada 'something wrong'..tapi dalam keadaan dia macam ni pun dia boleh faham situasi yang melanda Perak dan MB Nizar.....selalu orang akan menilai seseorang itu melalui luarannya..dan insan ini terpanggil untuk menyatakan simpati kepada MB Nizar..
kalau ikut cerita ustaz Misbah ni...kita boleh nilai sendiri bagaimana keperibadian MB Nizar..tak kira apa jenis makhluk yg ditemui semua dilayan istimewa...tapi heran puak2 yang nun di seberang sana masih buta hati dan buta mata...siapa yang pelik sebenarnya..???
wallahualam..
No comments:
Post a Comment