Followers

Sunday, March 22, 2009

5hb April 2009..debat terhebat di abad ini...BNP vs BPN....

lama sungguh rasanya tak dapat nak berblogging dengan tenang dan lancar...kalau di rumah blogger berukband memang macam beruk asik kena maki jek dengan si Topeng Perak...padan la tengok dia duk jauh2 rupanya dia takmau orang dengar dia dok maki berukband dia..hahaha

ummi nak mula dengan isu yang hangat antara BN@Perak dan BPN...isu debat..!!last posting ummi ialah kebisuan mereka terhadpan sahutan cabaran BPN kepada BNP...ada kat sini

makanya ummi pon buat ler penjelajahan untuk mencari sumber...

pada 18 Mac hari Rabu kat blog GOMO si pencabar..

pengumuman ni dibuat pada petang 18 Mac..pada malam pukul 9.00 pm...depa ajak debat..pastu kat YM je pulak tu..apa barang..!! tengok depa punya iklan pun den dah nak tergolak..ummi nak gitau la kat BPN..logo tu bukan BNP punya..tu Sya-Reformis punya logo la..hehe

pastu Topeng perak pula mengulas pasal keinginan pihak BPN berdebat dalam YM..korang baca kat sini..dan dalam blog perisik rakyat ada satu komen pasal persetujuan gomo nak berdebat pada 20 Mac...tapi dah lepas pun..takde pun bunyi dari BPN mengesahkan kata2 pengakuan GOMO ni..



kalau BPN terima debat live..kami akan rasa berbangga sangat2..dan kami akan menyediakan tempat yang istimewa..yang penting boleh memuatkan puluhan ribu penonton..dan liputan secara terus-menerus dari web2 tv yang berminat untuk membuat liputan...jangan risau..keselamatan semua akan dijaga oleh Allah..nak takut apa kalau kita tak buat salah...kan..kan..kan..

kemudian GOMO beri lagi tarikh baru nampaknya..bila dia meninggalkan komen di ruang komen di blog Perisik Rakyat...

Blogger GOMO said...

SALAM....
AWAT KALUT SEMACAM NI???

KAN AKU DAH KATA 05HB NI AKU HADIR...
KAN AKU DAH KATA APA TAJUK DEBATNYA???
DI MANA LOKASI NYA???


EMMM KESIAN....
HE HE HE....
ERRR TAK SANGKA AKU NI MENJADI PERHATIAN PENCACAI BLOGGER ANWAR AL-JUBURI...

EMMM....IM SORRY....

HUA..HUA..HUA....

March 19, 2009 6:27 PM

maka dengan tarikh baru yang diberi ini..muktamatlah bahawa pada tarikh tersebut akan diadakan

DEBAT PERDANA ANTARA BNP(BLOGGERSNETWORK@PERAK) DAN BPN(BLOGGER PEMBELA NEGARA SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 5HB APRIL 2009

TEMPAT : DI SEKITAR PARLIMEN BUKIT GANTANG..akan diberitahu kelak bila dah dapat keputusan

MASA : akan diberitahu kelak untuk melihat kesesuaian masa..

TAJUK : juga akan diputuskan setelah perbincangan kedua2 belah pihak bersetuju...


yang pentingnya disini adalah PERSETUJUAN pihak BPN untuk berdebat secara live amat kami kagum...dan kami akan berusaha menjayakan majlis debat yang berprestij di abad ini...mana ada bloggers buat debat..inilah julung2 kalinya kita akan buat...tak hebat ke...?

dan ummi juga ada terjumpa cadangan2 tajuk debat yang telah disarankan oleh pengomen2 blog...

Blogger Tok Selampit said...

Perbincangan berkisarkan agama, tidak mungkin akan menarik perhatian BPN yang CELAKA..

Mungkin 3 isu ini boleh dibincangkan dan secara tidak langsung ia satu lambungan isu kepada Bukit Gantang

Pertama,

Pembangkang menyifatkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 Billion hanya indah khabar dari rupa. Ini kerana ia dikatakan tidak dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam keadaan negara dicemari pelbagai skandal rasuah.

Kedua,

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agenda perjuangan yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat berpaksikan kepada prinsip ketuanan rakyat iaitu mengikut sistem demokrasi matang dengan memperkasakan rakyat sehingga memiliki jiwa merdeka dan akal yang pintar. Bahkan segala tindakan akan dilaksanakan berdasarkan prinsip moral serta idealisme.

Ketiga,

Demontrasi membantah PPSMI yang melibatkan golongan cendiakawan Melayu jelas menunjukkan UMNO sebenarnya gagal memperjuangkan hak-hak Melayu di mana ia merupakan satu pendustaan dan kajian yang tidak telus apabila dikatakan pelajar Melayu yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat.

March 18, 2009 11:01 PM

kami mengalu-alukan cadangan2 yang bagus2...cadangan tempat yang sesuai di area Taiping..masa dan tajuk debat..sambil itu kami BNP akan menyiapkan para pendebat kami untuk berhadapan dengan BPN...dan sesiapa yg nak sponser apa2..silakan...kami dulukan ucapan terima kasih...hehehe

Cenangau dah cari dewan. Ada tiga pilihan sama ada dewan Kg. Jambu, dewan Pokok Assam atau dewan pekan Trong. Kalau dapat debat kat kawasan khemah-khemah bilik gerakan UMNO-BN yang banyak aku nampak kat Bukit Gantang ni pun bagus jugak. Tapi tak tahulah macam mana nak dapatkan kebenaran.

ummi terjumpa pantun ni..hanya sebagai hiburan dan renungan...layann...!!
Anonymous Anonymous said...

Panglima Perang Cyber nama diberi
Patutlah berani hanya di PC..
Parpu Kari bersilat hanya dgn jari
bersemboq ayaq lioq mencarut mencaci..

Gomo berlagak berani berdebat
Buat2 tanya waktu dan tempat
Nampak bersungguh nampak hebat
Rupanya kat YM depa bersilat

Pecacai UMNO memang lah bangang
Tak ada hujah hanya karut marut
Dapat upah itulah pejuang
Fakta berdebat hanyalah mencarut

March 19, 2009 10:35 AM


kita akan berdebat secara matang dan profesional..dan dengan seikhlas yang mungkin..ummi dah cop tugas jaga masa dan tekan loceng masa majlis debat tu..muahahaha...

wallahualam...

16 comments:

Mamamat said...

Salam Ummi
Bior betui ni Ummi.. 5 Mac 2009? Udah lepaih.
Kut 5 April 2009?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mamamat..

mata udah kelat tu ler pasei..ok dah dibetulkan tarikhnya..

harap maaf le yer...

Anonymous said...

usah dilayan gerombolan BPN hampeh tuh.. bkn bermakna takut, tapi perlu lebih istiqamah dlm perjuangan sebenar.. mungkin benar kata pak al-banjari,mereka cuma mahu menghilangkan fokus..

maaf jika terasa ya ummi.. sekadar berpesan-pesan..

Mamamat said...

Salam Ummi .. salam semua
Tanpa nama .. dalam suasana PRK & PRU, kita kena layan semua. Setiap ruang adalah peluang. Ini antara bloggers pro PR dan pro UMNO. Tidak melibatkan pimpinan parti. Tidak timbul hilang fokus kerana mereka sedar apa yang mereka buat. Tapi mahuker blogger pro UMNO turun? Tak turunpun peluang untuk PR, turunpun peluang untuk PR.
Takker gitu Ummi

Malaysian-2Day said...

sememangnya Pakatan Rakyat suka peluang2 begini agar mereka boleh menabur lebih banyak fitnah terhadap sesiapa sahaja yang menentang mereka. Tak begitu UMMI? Debat di mana pun sama jer, pada aku tak berguna berdebat dengan Pakatan Rakyat sebab korang jenis yang tak mahu menerima atau mengaku kesalahan. Bagaimana nak betul kan orang yang tak mengaku dia buat salah? Boleh UMMI bagitau. Kalau diri sendiri salah di katakan betul, apa yang boleh di perbetulkan oleh orang lain? Eh paham ke maksud saya ni UMMI?

akira® said...

kepada Malaysian-2Day.

Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa aku ada hak utk menidakkan fitnah yang hang bawa. Mana slogan yang hampa slalu hampa pegang "Berjuang kerana agama, bangsa dan negara" Dalam tulisan hang, tak nampak langsung perjuangan tersebut. Kalau nak tuduh orang lain buat fitnah, tengok diri tu dulu,..... tolong habaq mai fitnah apa yang PR slalu bawa.
Dalam Blog BPN, aku slalu baca slogan tu, tapi dalam tulisan hampeh, tak dak satu pun yang boleh pakai.
berjuang utk agama(aku nak tanya hang agama apa) kalau kata nak berjuang utk ISLAM takkan nak mencarut sana sini.
berjuang utk bangsa, hang bangsa apa, MELAYU ka? kalau bahasa melayu pun tak leh nak pertahan jangan nak sembang pasai bangsa.
berjuang utk negara?
HAHAHAAAAA.
Hang mai dari negara mana? Zimbabwe ka Afrika. Apa yang hang dah buat utk negara. Kalau setakat menyanyi lagu NEGARAKU, tak payah habaq kata berjuang utk negara. Negara dah dijual beli oleh pemimpin2 UMNO, aku tak nampak pun hang bangun utk berjuang. Pemimpin sendiri makan rasuah pun hampa dok jilat jugak. Hang kena ingat rasuah boleh menghancurkan negara. Awat hang tak turun berjuang, tentang rasuah habis2an, kalau setakat nak tangkap anak bilis tu tak payah la, cipan pun boleh buat.

Apapun aku rasa debat yang dianjurkan dapat membuka mata hang, jangan jadi macam Sabery sudah, jadi menteri penerangan tapi bila nak terang bersembur air liur dah tu lain yang ditanya lain yang dijawab.

Jangan menuduh orang lain membuat fitnah kalau diri sendiri pun tak baguih mana. Ada otak guna, kalau tak mau guna baik bagi kat orang utan kat bukit merah.

akira® said...

kepada Malaysian-2Day

try baca berita kat sini:

http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe/article5950217.ece

HAHAHAHAAAAA...
FITNAH KA TU....
SATU DUNIA DOK TENGOK BAKAL PM YANG HAMPA PUJA.
KALAU TAK PAHAM BI BELI KAMUS

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tanpa nama...

seperti yg mamamat kata..debat ini adalah salah satu peluang untuk kita melihat dan menilai mentaliti penyokong dan pendokong kedua2 parti...kalau kata pasal hilang fokus...ummi rasa tidak..kerana debat ini juga berkisarkan isu semasa dan keadaan politik kita masa kini...kita tidak akan melayan perkara2 yang melibatkan peribadi orang dalam perdebatan itu nanti..

wallahualam..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam malaysian 2day..

fitnah atau tidak kita berdebat dulu..soal tempat itu memang penting..antara live dan maya..lebih releven live kerana kita memang hidup di alam nyata...maya hanaya sebagai jambatan untuk ke dunia realiti..hangpa nak duk lama2 dalam maya ka..alam realiti..?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam akira8047

memang ummi sokong pendapat anda...

Anonymous said...

tlg vote peraduan milo fuze utk sy..
sy memerlukan pertolongan sahabat semua..
ada insentif utk voters..
blh vote kt cni..
mudah je..
hanya daftar yg memerlukan sedikit maklumat..
tlg ye sahabat2..
blh vote kt link ni..

http://www.milo.com.my/fuze/VIEWENTRY.htm?galID=3582

Azym Azizi said...

Kita lihat dulu..sape yg menabur fitnah..siapa yg mengangkat fakta..

p/s: Tak sabar nk tunggu 5hb nnt!

Malaysian-2Day said...

kalilagi aku katakan berdebat dengan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang membuang masa. Memang dalam blog ahli2 BPN pun (aku bukan ahli BPN) ada penulisan berbau fitnah, tetapi begitu juga dengan blog2 dari BNP. Jadi aku rasa sama jer. Kira buang masa, untuk yoep yang tanya aku dari mana, aku dari Ipoh, Perak yeop oii. Ummi juga berlagak seperti seorang yang amat baikkkkk, dengan tutur kata yang baik dan sinis, tetapi ummi juga tidak pernah memuji kerajaan walau apa pun yang pihak kerajaan buat.

Bila kerajaan naik harga minyak, korang bising, bila kerajaan bagi subsidi minyak, korang jugak lah yang sebuk beratur panjang nak ambik duit. Lepas tu sebuk kata tak cukup. alaaaa, apa pun yang korang kutuk Barisan Nasional nih, korang, anak2 korang, mak bapak korang telah menghirup bakti dari Kerajaan Barisasn Nasional sejak lahir! Belajar tinggi2 pun pinjam duit kerajaan gak, lepas tu tak bayar, hmmmm tah la. Itu lah aku ada kata dalam penulisan aku, berbuat baik pada orang2 Pakatan Rakyat ni sama je macam "MENDUKUNG BIAWAK HIDUP"

momotaro said...

salam ummi...

aku nak tergelak jugak bila si Malaysian-2Day kata PR suka buat fitnah... bila aku lawat blog dia,, ada beberapa artikel berunsur fitnah antaranya isu nik aziz.. so saper yg buat fitnah sebenarnya... aku nak bagi komen tak boleh pulak...

kepada tanpanama, aku pon tak setuju ape yg hang kata,, pada aku berdebat adalah cara yg terbaik untuk menilai maner yg terbaik... jika selama nie Malaysian-2Day asik meroyan kata PR buat fitnah, dia boleh jelaskan masa perdebatan nanti.. Tapi ummi,, jadi ker debat nie,,? tengok gaya si gomo tu dia macam cakap jer lebih.,. kang last2 macam2 alasan dia bagi...
kat bawah contoh yg aku dah boleh agak alasan yg akan dia pakai...:

1.PPC tak kasi dia pergi (takot kena buang keahliah BPN)

2.waktu tarikh berdebat tu dia ade hal penting... mungkin atok dia tengah sakit tenat kat hospital...

3.takde geng lain nak pergi.. (sebab ppc kata "hang nak pergi, hang pergi la sorang"

4.sya reformasi tak nak keluar berdua dengan dia....(bahaya sebb si gomo nie selalu sebut j***r....)

5.yg last sekali ayat yg terpaksa dia guna "aku mengaku kalah sebab BNM memang terer,, aku selama nie poyo giler ajak berdebat,,, aku akui kesalahan aku,, maafkan aku... (disusuli dengan lagu maafkan kami dari filem pendekar bujang lapok)

aku ade test jugak si gomo nie sebab berani ajak BNM berdebat,,, tapi bila aku berdebat dengan dia versi maki-hamun, aku dah boleh agak camana rupernyer si gomo dan geng2 BPN nie... http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/gempar-kenyataan-yb-jamaluddin-akan.html

Malaysian-2Day said...

Jangan gelak momotaro, :) relek, mungkin pada awalnya aku suka gak ikut rentak korang, main redah je, tapi aku rasa tak guna nak buat camtu, kalau aku nak fitnah, banyak cerita2 dongeng boleh buat, bukan susah. Dan orang pasti beribu2 masuk blog aku. Sekarang ni blog aku ni hanya 20 orang je masuk pun. Hehehehe but thats not the point. Point nya aku tulis dari amatan dan pengalaman aku hari2. Dan aku harap korang berhentilah nak cabar-mencabar nih. Kita semua ada pendapat masing2, dan kita berpegang pada pendapat kita, itu lah sebab aku tak kasik komen di blog aku, sebab apa pun yang aku cakap pasti ada yang tak suka. Jadi Yang baca tu pikir2 la sendiri.

Apa pun, kita nk makhluk ALLAH. Jangan terlalu bongkak, jgn belagak handal. Tak mana kuat nya kita nih, last-last nanti kita akan di makan oleh ulat2 kecik je.

momotaro said...

silap tu Malaysian-2Day, bukan kami yg mencabar debat,, tapi si gomo tu yg cabar..

"kalau aku nak fitnah, banyak cerita2 dongeng boleh buat, bukan susah."

sebenarnya ko dah pun buat fitnah kat Nik Aziz... artikel terbaru pun ko buat fitnah kat nizar..

kalau setakat kat profil "aku bukan anti mana-mana pihak,aku bukan nak hasut korang, aku bukan juga nak korang YA kan kata-kata aku,
aku cuma anti perkara yang tak betul. Aku juga nak orang Malaysia gunakan kepala hotak mereka sendiri
untuk memikirkan mana betul dan mana yang tak betul, jgn asyik ikut je apa kata orang."

kalau setakat ayt tu sesaper pon boleh buat...
dah terang2 ko anti PR dan sokong umno...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil