Followers

Tuesday, March 24, 2009

PNSB beri sumbangan RM 5 juta kepada Balkis..kayo pakcik tempe...

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menerima hadiah mahal bernilai RM3,600 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 ketika memimpin negeri itu.

Jaket jenama 'Summer Man' itu dihadiahkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – ketika itu diketuai isterinya Zaharah Kechik – menggunakan dana sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sempena satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan mendedahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) – badan khas yang ditubuhkan di DUN Selangor – yang menjalankan siasatan awam terhadap dana Balkis.

Dalam siasatan yang masuk hari kedua, beliau disoal lima anggota Selcat: pengerusinya Teng Chang Kim, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Dua lagi anggota Selcat, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir. Kedua-duanya hadir sesi pagi pada hari pertama, semalam.

Khairiah menjelaskan, PNSB menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis, termasuk harga jaket dan bayaran keraian bagi sambutan majlis itu.

Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada bekas menteri besar itu pernah memulangkan hadiah itu dan tidak pula menyedari pernah melihat Dr Mohamad Khir, yang juga pengerusi PNSB, memakainya.

Apabila jawatankuasa itu mempersoalkan tindakan PNSB memberikan hadiah kepada penjawat awam – yang didakwa melanggar perintah am pegawai kerajaan - Khairiah menjawab:

"Ketika itu saya hanya pelaksana sahaja".

Dalam siasatan sesi pagi, Khairiah berkata beliau mempunyai hubungan "agak akrab" dengan Zaharah tetapi apabila disoal kembali oleh anggota Selcat, beliau menukar jawapannya kepada "akrab".

Beliau juga menjelaskan, PNSB pernah membayar RM13,000 kepada Abdul Malik Kechik, saudara kandung isteri Dr Mohamad Khir, untuk pakej jamuan dan nyanyian dalam satu majlis berbuka puasa pada September 2006.

Diminta menjelaskan lanjut, Khairiah tidak pasti sama ada Abdul Malik seorang abang atau adik Zaharah.

Apabila disoal lagi, beliau tidak dapat menjelaskan kewajaran acara itu di majlis tersebut kerana gagal mengenal pasti identiti penyanyi tersebut berdasarkan rekod yang ada.

Siasatan awam Selcat hari ini memperhalusi sumbangan sejumlah RM5 juta PNSB kepada Balkis bagi tempoh 2002 hingga 2007.
Setakat jam 4.30 pagi petang ini, apabila siasatan ditangguhkan untuk sesi esok, tajaan sehingga tiga tahun lepas telah selesai disemak.

Teng, juga Speaker DUN, berkata Selcat akan memanggil saksi tambahan daripada PNSB bagi membantu keterangan.

Khairiah tampil sebagai saksi yang ditemani pembantu paling ramai iaitu seramai empat orang, berbanding seorang sahaja pegawai atasan GLC lain semalam.

Siasatan awam itu, yang berlangsung di Pejabat DUN Selangor di Shah Alam, bersambung 10 pagi esok.-malaysiakini

8 comments:

Anonymous said...

Yo sugih wak tempe nek kayo ngu.

Malaysian-2Day said...

2 perkara nak sebut sikit yer UMMI,

1 - Nizar semasa jadi mb pun ada terima hadiah. dia sendiri ada kata perkara hadiah ni masa beliau nak berpindah dari rumah rasmi mb perak ari tu. hadiah dan rasuah ni ummi kene fikirkan lah bezanya. hadiah tak semestinya rasuah, rasuah tak semestinya hadiah.

2 - BoyDontUcry, tolong jangan menabur fitnah. bertaubatlah.

Amri Mat Saaid said...

he he kayo wak tak payah jual tempe lagi ye wak lepas ni

Anonymous said...

~~~DEMOKRASI SEPINYA~~~

KINI TANAH AIRKU HILANG SERI
TIDAK ADA LAGI DEMOKRASI
BILA HAK RAKYAT DI ANAK TIRI
GEROMBOLAN TOPI MERAH
SEPERTI TAK SEDAR DIRI
MEMBEDIL MENAMBAK KESANA KEMARI

DIKEPALAI.....!!!!
AL NAJIS TUAN AMPUNYA DIRI
BERSAMA BINI YANG SYOK SENDIRI
SEDANG BERMIMPI DISIANG HARI
DI PWTC HARI INI....????!!!


WAHAI PENIPU & PERASUAH SERTA KRONI
SELAMAT BERSIDANG
BERSAMA SANG ULAR, SANG KATAK JUGA SANG BEDAL ADA DI SINI
TIDAK KETINGGALAN SANG BOMOH MR JI
DIIMPOT KHAS DARI LUAR NEGERI

BERADU NASIB DIRI
KEMPUNAN AMAT KERUSI
PERDANA MENTERI...????

ATAUPUN HANYA SECEBIS MIMPI
SEPERTI LEDAKAN C4 NGERI
KE TUBUH MODEL TINGGI LAMPAI
AKHIRNYA MAKAN DIRI...!!
SANG NAJIS DAN BINI...???

TUNGGULAH JERITAN KERAMAT AL-TANTUYA DI
BUKIT SELAMBAU JUA BUKIT GANTANG SERTA DI BATANG AI.....????

PAKATAN RAKYAT SEDIA MENANTI
UNDUR DIRI JAUH SEKALI
WAHAI! KERIS TERLANJANG YANG PENUH PROVOKASI
PARTI BERLANDASKAN KATI..!!
KELENTONG, SANA SINI !!
TAK AKAN TIMBUL LAGI
TERBENAM BERSAMA NAJIS & TAHI..??

KELAK NANTI
DUNIA JADI SAKSI
DEMOKRASI PASTI
DIBUMI TANAH AIR KU KEMBALI...

~~~ALLAHUAKBAR~~~~

Malaysian-2Day said...

Bikir Perak, ko ni memang handal berpantun, tapi pantun kamu ni penuh dengan fitnah dan menghina orang. Berubahlah. Sikap inikah yang ada pada pejuang islam? hmmm kata pepatah, "kalau cik kencing berdiri, anak murid kencing berlari" sikap anda mencerminkan sikap pemimpin anda. Bertaubatlah dari membuat fitnah. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

Anonymous said...

cenderahati yang bernilai RM 1 ribu keatas untuk penjawat awam adalah dikira sebagai rasuah..

oii malaysian2day..hang kena tengok nilai hadiah kalau taknak dikira rasuah...ni jaket harga RM3600..hadiah apa nama tu...

hari ini ada lagi sesi public hearing..hang pi dengaq macamana datin tu dok jawap soalan..banyak dia tak boleh jawab..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

semalam ummi ada sama mendengar public hearing ni..yang syok..majlis berbuka puasa kemudian dihiburkan dengan ghazal..sampai pengerusi yg berbangsa cina tanya..kenapa lepas berbuka puasa tak dibuat solat terawih..kenapa boleh berhibur di bulan puasa..dan belanja untuk majlis berbuka tu bernilai RM 13 ribu...dibayar kepada adik/abang ipar Khir Toyo...anjuran Balkis..kenyang depa ni...

Aiman said...

MAAYSIAN-2DAY

ko nk tgk lg byk fitnah??silalah pegi ke parpukari.blogspot.com.. ko suh mamat tu insaf dlu..atleast kt blog ni xda carut marut..ko g blog sane mcm hape ntah..n fitnah mcm perkara biase je bg die..ko peg tegur die dlu k..sbb aku jrg nmpak komen ko kt sane

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil