Followers

Friday, March 27, 2009

public hearing isu Balkis hari kedua...

SIAPA PENERIMA Ke 5 sepersalinan songket???

"Dah tahu siapa penerima ke 5 songket?"

"Dia nafikan ada penerima ke 5! Teruskan teka-teki! Sekarang Datin Khairiah, CEO PNSB jadi saksi. 1 tahun RM 1 juta untuk BALKIS dari 2002-2007."

Wow......semakin hebat, semakin panas, semakin menyerlah kerakusan perbelanjaan isteri-isteri ADUN BN sewaktu dahulu.


Pada hari pertama kita didedahkan dengan pembayaran segala bil, pelancongan, makan malam, majlis bersama MAWI, tanah, cokelat dan bermacam2 lagi yang mencecah lebih dari sejuta dari 2-3 syarikat milik kerajaan negeri Selangor iaitu 2 yang terbesar ialah PKNS dan KDEB.....rupa-rupanya on top of that satu lagi GLC- syarikat berkaitan kerajaan iaitu PNSB turut juga menyediakan RM 1 juta dan mungkin lebih lagi untuk BALKIS setiap tahun...Sungguh menggemparkan...tidak tahu selepas ini apa lagi...berapa juta setiap tahun yang telah dibelanjakan oleh mereka. Sekiranya ianya disalurkan kepada rakyat sudah tentu tidak ada yang perlu hidup melarat.

Di sesi tadi Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datin Khairiah Abu Hassan telah hadir sebagai saksi untuk menjawab segala persoalan berkaitan setiap perbelanjaan secara terperinci. Beliau mengaku dirinya sebagai teman akrab Datin Seri Zaharah Kechik isteri Bekas Menteri Besar Selangor. Beliau membawa bersamanya 4 orang pegawai pembantu berbanding seorang sahaja yang dibawa di sesi yang lepas...namun walau berapa orang yang dibawa...setiap orang hanya terkedu, diam membisu tidak tahu hendak menjawab atau avoiding themselves dari menjawab...itulah hakikatnya.

memang banyak, memang banyak kali dan MEMANG DIBUAT SECARA TUNAI DAN SEMEMANGNYA ADA YANG DIBUAT PERMOHONAN SECARA BERBISIK-BISIK SAHAJA.....ini bukan saya yang kata tapi saya dengar YB Pengerusi SELCAT yang kata berulang kali...kerana setiap kali beliau bertanyakan seperti semalam.."adakah permohonan secara bertulis melalui surat dari BALKIS untuk sesuatu permohonan?".....maka Datin Khairiah mengambil masa yang lama untuk menjawab...yang berakhir dengan JK SELCAT terpaksa membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang surat permohonan.


Tahun 2003

1.Hamper dan wang tunai sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM463,263.00

2. Program Back to School pembelian bag sekolah yang dibeli dari China berjumlah RM80,000.00 untuk 10,000 beg sekolah termasuk air freight.

Tahun 2004

1. Program Tahun Baru China sejumlah RM 327,856.86 dikeluarkan untuk BALKIS di mana sejumlah RM290,000.00 adalah dalam bentuk wang tunai.

Tahun 2007

1. Majlis Sukan BALKIS dari 31/7/07 sejumlah RM338,547.97 dikeluarkan untuk pelbagai bayaran termasuk baju sukan, cenderahati, pakaian batik VIP, cenderahati VVIP dan macam-macam lagi.

Tahun 2006

1. Wang tunai sebanyak RM50,000.00 telah diberikan kepada BALKIS untuk Majlis Perasmian Kompleks Wawasan.

Datin Khairiah tidak dapat menjawab setiap soalan berkaitan kenapa sejumlah wang tunai diberikan terus kepada BALKIS...cuba bayangkan macam kita beri wang saku sebanyak RM2 pada anak kita untuk ke sekolah...tetapi ini sejumlah puluhan hingga ratusan ribu diberi secara tunai.


RM16,000.00 untuk perbelanjaan Misi Kemanusian BALKIS ke BUKIT TINGGI Indonesia...Datin Khairiah turut serta atas jemputan.

RM4200 dikeluarkan untuk membeli cenderahati kepada suami Ketua Balkis yang berupa jacket and seluar berjenama Summerman yang berharga RM3,600.00. Dibeli oleh Datin Khairiah dan diserahkan kepada Ketua BALKIS untuk diserahkan kepada suaminya. Ini terjadi semasa majlis sambutan Tahun Baru China.

YB Azmin bertanyakan adakah Datin Khairiah pernah terlihat Khir Toyo memakainya atau memulangkan semula...Datin Khairiah mengatakan tidak.....

Ada dua insiden di mana wang tunai berjumlah RM17,000 dan RM10,000 dipulangkan semula oleh BALKIS kepada PNSB kerana terlebih wangnya...maka untuk ini YB Teng membuat andaian atau conclusion kepada Datin Khairiah bahawa PNSB adalah merupakan CASHIER bagi BALKIS sepertimana KDEB dan PKNS pula adalah Perbendaharaan kepada BALKIS...ini adalah kerana PNSB memberikan wang tunai kepada BALKIS dalam banyak situasi sebaliknya PNSB dan KDEB membuat bayaran bagi setiap bil yang diserahkan kepada mereka....wah...senang betul hidup orang-orang BALKIS ni ye...

Di sidang tersebut..kami yang ada di sana merasakan kenapa susah sangat mereka yang dipanggil sebagai saksi untuk mengaku bahawa sebenarnya memang mereka tak punya kuasa untuk mengatakan tidak...masing-masing ketika itu terpaksa menurut sahaja pada setiap permintaan yang sampai ke tangan mereka atau ke telinga mereka....kenapa mesti mereka membiarkan diri mereka dimalukan hanya untuk menutup kesalahan dan salah laku orang lain???..

Mereka juga amat payah, susah dan berat mulut untuk menyebut nama individu yang terbabit iaitulah Datin Seri Zaharah Kechik...sehinggakan setiap kali JK SELCAT terpaksa menyoal banyak kali...SIAPA???...SIAPA???...dan SIAPA???...baru lah secara perlahan mereka menyebut nama individu terbabit....

Akhirnya sesi sidang di hari kedua berhenti dan ditangguhkan pada jam 4 untuk memberi peluang kepada Datin Khairiah untuk lebih bersedia untuk sesi esoknya yang akan bermula jam 10 pagi....

sumber UmmiAsiah

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil