Wednesday, March 25, 2009
pemilihan umno...PRK dan dot..dot..dot...
Perhimpunan Pekembar ke 59 telah bermula.Hari ini sayap-sayap Pekembar mula bersidang dan perayu-perayu undi sedang sibuk berkempen untuk kemenangan bos mereka.
Pertembungan dua menteri pencen,Rafidah dan Shahrizat tidak kurang sengitnya.Pewaris keris panca warisan yang menjolok mata rakan-rakan kongsi dalam BN akan diketahui malam ni.KJ,Khir Toyo atau Mukhriz mengisi slot drama samarinda yang penuh suspen dan undian sms dikatakan menjadi faktor kemenangan mereka.Tok tengok berita NTV7 tadi kata Hishamudin nak jadikan keris panca warisan sebagai hak milik kekalnya.
Nampaknya,bakal ketua sayap muda terpaksa cari keris baru dan berikan nama baru untuk kerisnya.Panca Delima dan Panca Sitara tak boleh pasal dah pattern.Kalau pakai nama Pancasila bakal mengudang kemarahan negara jiran.Biarlah polemik ini menjadi perdebatan mereka asalkan Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.
Tok nak ulas sikit tentang kempen PRK......calon memang ada kredibiliti cuma kempen kita terencat sikit dengan pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan dan kekangan FRU apabila melibatkan perhimpunan atau ceramah tanpa permit.
Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersedia menghadapi segala macam kemungkinan yang berlaku.Selain laman sesawang yang pro Pakatan Rakyat,kita boleh berkempen menggunakan sms atau paling tradisional sembang di kedai kopi.Risalah-risalah atau ceramah kelompok boleh diadakan dari masa ke semasa.
Tentangan pasti sengit kerana Pekembar dalam proses merawat kecederaannya sedang sayap mudanya bertindak menjadi gembala kambing dan mula mengkambinghitamkan Anwar sebagai petaka kepada bangsa Melayu.Setahu toklah umur Pekembar dah cecah 62 tahun.dah tua tu dan cubalah bersikap intelek sikit setaraf dengan umur yang dah pencen.Asal kalah je salahkan pembangkang.Asal pembangkang menang je mula tak keruan.
Setahu tok,Anwar tak buatpun keputusan keluarkan Singapura dari Malaysia.Anwar juga tak buat keputusamn sambung kontrak air dengan Singapura pada 1999.
Matanglah sikit brother sayap muda Pekembar.Patutlah orang muda tak nak join Pekembar kerana setiap tindakan yang dilakukan pemimpinnya menampakkan wajah hodohnya Pekembar sehingga rakyat marhain jadi muak dan benci kepadanya.
Pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan tetap dianggap bermotifkan politik walaupun kerajaan BN berulangkali menafikannya.dah sah dua-dua suratkhabar tu suratkhabar siasah politik.Lainlah kalau URTV atau Mangga yang diharamkan,barulah khalayak ramai menganggapnya bermotifkan hiburan.
Mantan Memanda Menteri, Dr Mahathir juga dijemput menghadiri Perhimpunan Pekembar sebagai status pemerhati.Tok tak pasti pulak,Pekembar ada jemput Berahim Ali atau tidak.Itu kena tanya Ku Nan.
Kekalahan Mukhriz dijangka akan membantutkan semula kemasukan mantan memanda menteri ini ke dalam Pekembar.Puak-puak dan juak-juak Ali,Mat Taib,Shahrizat,Rafidah,Khaled Nordin,KJ,Norza,Razali dan Azalina pula telah bercadang mengajar keangkuhan memanda menteri yang dah pencen ni dengan tidak mengundi Mukhriz,Hisham,Muhyiddin dan Zahid.Nama Ismail Sabri dan Saifuddinpun masuk senarai calon reject.
Motifnya tentulah politik brother.Jika hulubalang kanan Najib tumbang,jentera kerajaannya tentulah lemah dan Najib ketika ini dahlah tak popular dan tidak disukai dalam dan luar Pekembar.Hayat politiknya tidak lama dan jika jadi PM,diramalkan tak menjangkaui tempoh Pak lah jadi PM.Senang citer,PM paling sekejap di Malaysia.Itupun kalau Pak Lah serah kuasa.Tok tengok banyak idea Pak Lah tak sempat dilaksanakan.Pak Lah pernah kata setelah perlaksanaan SPRM,Surahanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP,barulah dia bercadang letak jawatan.Sekarang SIAPpun belum siap lagi.Konvensyen BNpun ditangguhkan.Semalam cara Pak Lah jawab pertanyaan wartawan macam dia tak nak letak jawatan lagi.
Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Sepupu Najib,Hisham jadi sasaran kebencian ahli-ahli Pekembar.Ada yang cakap peluangnya jadi Naib Presiden berkubur.Kira nasi dah jadi bubur.bubur pulak dah basi.Isu bahasa Melayu jadi senjata makan tuan.Sayap wanita UMNO hari ni pulak luluskan usul tolak PPSMI tanpa bahas.Tak tahulah mana nak letak muka Hisham ni.
Terkini,shahrizat menang besar kalahkan opah Pidah untuk merebut jawatan wanita UMNO apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.laporan tok peroleh dari malaysiakini.
Pergelutan sayap muda kian sengit.keputusan masih belum diperolehi dan kiraan semula terpaksa dilakukan.tok tak tahulah ada masalah undi pos atau pengundi hantu.
Biaq pilah depa.Apa yang penting kita kena fokus dan tok yakin geng-geng kalah tentu dah patah semangat turun berkempen dan kita anggap semua yang berlaku sebagai bonus untuk kita.
Ketika ini penyokong Pakatan Rakyat kena menyusun gerakan dan bersatu agar kita menang dalam PRK di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.
Tok hampir lupa,ada ura-ura PDRM nak tubuhkan lagi dua jawatan Timbalan KPN.Tak tahulah jawatan ini untuk Sabah dan Sarawak atau untuk bos FRU dan yang jaga DNA.Tugas dan bidangkuasa MP Pakatan Rakyat untuk bahaskannya di parlimen.Pada rakyat,tak perlu dan membazir.Kena pulak ekonomi meleset dan merudum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
translator..
by : BTF
Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
1 comment:
nampaknya umno bertambah parah bila KJ yg jadi Ketua Pemuda... Malu rasanya bila negara lain menilai KJ yg terang2 dah didapati bersalah kes rasuah boleh bertanding. Malah menjadi ketua pemuda... Malu ah.......
Post a Comment