ni la penceramahnya..nama tak tau ustad apa ntah..lupa nak tanya nama...dari mana pun tak tau....tajuk ceramah pun tak sempat nak tanya...
majlis cukup meriah...pendengarnya terdiri dari petugas FRU sendiri...pasai pendengar lain depa halau balik..penceramah pun depa halang..rupa2nya depa teringin nak berceramah ..kenapa la tak bagitau.. boleh la kita bagi depa can untuk berceramah..ishh..ishh..ishh..pemalu sungguh depa ni...
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah. Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.sumber ciberboron
5 comments:
Laaaaa.... ingatkan parti politik baru..... tapi kalau lepa ni tubuh jugak, gerenti menang... sapa tak undi lepa.... water kenen menanti... buat cara tu gerenti menang punya...lepas tu taruh logo topi merah sebagai lambang parti dan kekal nama FRU sebagai nama parti.
Kali ni dan ke mandi ayor pancor?
nampaknya kebangkintan PR benar2 menggerunkan UMNO.. hehehe.... bermacam2 cara umno lakukan untuk sekat... ni tanda2 awal PR nak menang nie,,, :)
belum waktu untuk berkempen wahai budak2 PR semua, sabar la, korang ni tapi memperjuangkan ISLAM, tapi tak reti nak sabar. Jangan membuat cerita2 camni, yang saja pegi provoke polis tu kenapa? sajer nak simpati rakyat?
Aku memang hormat kat korang ni bab2 nak menimbulkan masaalah kepada orang ramai nih. Kami semua tahu korang saja je buat camni dan sememangnya korang nak pihak berkuasa bertindak, boleh la korang memanaskan isu tu. tapi agak2 korang, rakyat boleh telan sebijik2 ke tektik2 korang nih?
Lagi satu jgn kutuk pihak berkuasa tu berlebihan, ada di antara mereka tu ahli PAS gak. berlapik2 la bila nak bercakap tuh.
UMMI, berapa UMMI dapat gaji dari PR untuk menyimbah api kepada rakyat ni?
Wah mesti terer dia berceramah ye !!! Sampai pakai helmet..idak ke hangat pijor kepala tu ?
Post a Comment