Followers

Tuesday, March 24, 2009

TGNA restui DS Nizar bertanding

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiazAielISTZ0clxcr8GhlYw12_tjeP2rqkftrMS3AYg7grgV493d5XVtkVxCZQFW0pM7yYXhADux__hgnNj9BJflUTjUwTBCJ5xA028Z2NU_7MblFWr_QbTRl2epoP5tFTp1B1nfyTePsI/s400/NikAziz.jpgAlign Center

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.


"Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K Kantha, di sini hari ini.


Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden Pas,

Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen serentak.


Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas."Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia. Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita," katanya. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,Tuan Guru Nik Aziz.
Terima kasih kerana Tuan Guru telah memahami keadaan politik negeri perak.Saya sokong kalau kita pulaukan akbar-akbar pro barisan.

Malaysian-2Day said...

Tuan Guru, apa kata kalau tuan guru suruh semua ahli2 pas jgn bukak mata semasa memandu, sebab semasa memandu, byk bende maksiat kita nampak, ader awek naik motor nampak seluar dalam, ada awek tak pakai tudung, ader orang berjalan berpelukan, kalau di bandar2 besar, lagi teruk. amacam? boleh ke?

adakah dengan pulaukan semua akhbar selain dari akhbar pro PR akan membuatkan anda semua lebih matang atau lebih sempit pemikiran nya?

Saya sendiri mengikuti harakah online setiap hari, walaupun saya membacanya sekadar ingin tahu apa yang orang2 pas fikirkan.

Dan tuan guru pasti menyokong nizar bertanding di bukit gantang, sebab tuan guru dah boleh menerima hakikat bahawa nizar bukan lagi mb perak. alhamdullilah. semasa tuan guru menasihatkan nizar jgn bertanding di bukit gantang tempoh hari, tuan guru memberi alasan kerana takut nanti nizar tak terdaya nak menguruskan negeri sebagai menteri besar (masa tu nizar dah di pecat pun oleh sultan perak) dan ahli parlimen sekali gus.

Sekali lagi, sorry yer ummi sebab tulis takder huruf besar kecik. malas. :)

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

pembetulan kenyataan anda malaysian 2day..

DS Nizar tidak dipecat..kerana sultan tiada hak untuk memecat mana2 MB di dalam Malaysia ni..anda kena lebih mendalami perlembagaan tubuh negeri kalau nak buat kenyataan...

sultan hanya boleh menasihat MB letak jawatan tapi sultan takde hak memecat MB..selagi MB tak letak jawatan maka dia masih MB yg SAH..

harap maklum ye..

Anonymous said...

hahah...
memandu tk sama dengan membaca akhbar pro barisan... kalau nk buat comparison, buat la kepada perkara yang sama..kite memandu bukan untuk mendapatkan input, tp kita membaca sbb kite nk dptkan input..

bila pulaukan akhbar pro barisan kami tk dpt ape2... tp dunia kami takkan jadi sempit malah jiwa lebih tenang.. lg pun byk lagi sumber2 lain selain akhbar pro barisan.. cuma akhbar probarisan mungkin dpt kesannya..

anda ingin baca harakah on line.. bacalah, kami sedikit pun tk larang.. kalau anda nk boikot sekalipun, itu pun kami tak larang.. cuma yang kami peliknye, smpai la ni anda masih tk tau apa yg org pas fikirkan... tak percaya, tgk komen2 anda balik...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil