maka ummi pasti semua dah sedia maklum siapa calonnya kan..ye siapa lagi beliau yang mendapat vote yang paling tinggi dalam poll yg telah dibuat..Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin....DS Nizar akan berhadapan dengan calon yang 'hebat' Saudara Ismail Sufian...dan akan dijangkakan pertandingan ini akan nampak 'sengit' dan mungkin akan membuatkan timbang BN bertambah 'senget'....
pengumuman malam tadi telah menyebabkan ramai puak2 BN bercadang meninggalkan gelanggang di Bukit Gantang ini sebab sudah mereka menjangkakan PAS akan meletak Abg mat Sabu kita sebagai calon..kerana mereka sudah bersiap dengan senjata2 yang tajam seperti.."kenapa Mat Sabu menggelarkan DSAI sebagai 'al-juburi' pada tahun 90'an DULU..."tetapi dengan DS Nizar sebagai calon PAS maka kekecewaan yang amat sangat telah melanda jentera BN..tu yang pakat2 nak balik..kata depa baik duk rumah dari nak melawan Nizar..hahaha baik sungguh niat mereka..senang kerja kami...hehe
kalau tengok gambar dibawah ni mesti pihak umno akan buat cerita sensasi...'SAH Nizar ni takut denagn Nge..sampai sanggup bagi Nge duduk kerusi istimewa di pentas..sedangkan DS Nizar hanya di kerusi biasa sedangkan dia adalah MB Perak...haa..ni la nak cerita sikit...tu nak menunjukkan bahawa beliau juga merupakan salah seorang calon yang akan dipilih untuk mewakili PAS sebagai calon P059...so kena lah dia duduk di tempat yang sebaris dengan para calon...dan 4 kerusi yang telah disediakan ialah untuk PIMPINAN PUSAT dan mereka yang duduk disana ialah wakil dari Parti Kompenan PR,jadi tidak timbul persoalan bahawa NIZAR telah diketepikan..So Rakyat hati-hati isu NIZAR BONEKA akan terus dipermainkan akan tetapi kebenaran akan terus tersebar...!!!
puak2 umno ni kalau bab2 nak bagi pelaga orang cukup terer...
majlis pengumuman calon ini telah dimulakan dengan solat hajat...kemudian diserikan lagi dengan persembahan Dikir Barat yang dibawa khas dari pantai timur..memang semua orang enjoy dengan persembahan dikir tu...tetapi majlis itu juga telah dicemari oleh kehadiran para ef ar yu yang tetiba nak enterframe dalam majlis tu...tak tau la depa saja nak meng'hot'kan suasana..kononnya mereka mengatakan majlis itu salah sebab ada ceramah..sebab dalam permit kata hanya nak umum calon lepas tu turun pentas ..balik...tak ke bangang namanya tu..dalam permit tu dah kata kita boleh guna dan duk kat padang tu sampai pukul 12 malam..ni baru pukul 10.30 malam depa dah nak tunjuk gagah..pirraahhh...gagah ada topi merah..trak merah..ada perisai dan ada kayu corta...elehh..tak heran la...kami ada kopiah putih..ada trak yang berbagai kaler..perisai kami pakai badan kami aje..tak main la berselindung balik bende plastik tu..nak lawan buat apa pakai perisai..takut juga hang tercedera rupanya....
walau apa pun..TAHNIAH buat DS Nizar kerana dipilih sebagai calon P059 Bukit Gantang bagi menggantikan Allahyarham Roslan Shahrom untuk meneruskan perjuangan arwah yang belum sudah untuk rakyat Bukit Gantang...
Kami sebagai warga Pakatan Rakyat akan memastikan PAS akan terus berdiri teguh di bumi Bukit Gantang..
Takbir..!!
1 comment:
UMMI nak berkempen pun tunggu masa yang di tetapkan. Ini pengumuman calon je. Yang pegi buat ceramah tu buat per. Ayat UMMI ni dah ok, tapi UMMI ada kata yang "puak UMNO suka pelaga orang" saya rasa UMMI yang nak pelaja dan menaik kan kemarahan dan kebencian orang terhadap pihak berkuasa. UMMI tak boleh salah kan pihak berkuasa, mereka menjalankan tugas. Kalau semua UMMI dah tak percaya, kalau UMMI kene rompak ke, kene ragut ke, jgn la UMMI sebuk2 buat laporan kat POLIS, buat laporan kat SAMSENG PAS yang BAJU MERAH TU. OK UMMI. UMMI mengutuk orang macam UMMI ni perfect! Sedarlah UMMI, kita ni manusia biasa je, tak lari dari membuat kesilapan. UMMI juga manusia kan? atau UMMI ni malaikat yang tak pernah buat salah?
Post a Comment