-bicara tok iskandar
Sah.Lepas kiraan semula,KJ diumumkan sebagai ketua sayap muda Pekembar.Kekalahan Mukriz melenyapkan legasi memanda menteri pencen dalam Pekembar.Nampak gayanya esok cancellah che det ke perhimpunan Pekembar.
Mana sumber tok dapat.Korang boleh baca kat laman sesawang the star.
Bagi ahli-ahli Pekembar yang menjadi pengikut-pengikut Pak Lah,kemenangan menjadi milik mereka setelah kesemua calon yang direstui Najib tewas.Sorang demi seorang hulubalang kanan Pak Lah menang.Kak Ijat jadi tok tua wanita,KJ sayap muda,Razali timbalannya.Rizal tok ketua putera dan Rosnah tok ketua puteri Pekembar yang baru.
Mood penyokong-penyokong Najib dan Mantan Memanda Menteri tak payahlah tok nak ulas.sendiri mau ingatlah ok.Itulah lain kali jangan celebrate awal-awal.Nampak sangat darah muda dalam Pekembar tak suka kat Najib.
Esok juga dijangkakan senario yang sama dan Muhyiddin,Hisham,Zahid tumbang di tangan hulubalang kanan Pak Lah.Perebutan di dalam MT juga akan menyaksikan orang Pak Lah menang.Nasib Ismail Sabri dan Saifuddin juga kritikal kerana dilihat semakin menghampiri kem Najib.
Jika ini berlaku,kedudukan Najib sebagai PM dikelilingi oleh hulubalang Pak Lah dalam kabinet dan Pekembar.Tidak mustahil selepas pemilihan Pekembar,akan ada usul meminta Pak Lah kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sehingga PRU13.
Khalayak ramai menanti dengan penuh suspen,najib sempat atau tak jadi PM.
2 comments:
Bersyukur,
Jalan mudah untuk PR teruskan perjuangan. Kekalahan mukhiz nampak mudah tapi implikasinya hebat.
Kesimpulan yang boleh di buat adalah Kem Najib dan Mahathir tidak di gemari di dalam UMNO.
Aku tak dapat bayangkan betapa rosaknya keadilan di dalam politik dan pemerintahan kalau dua dua makhluk perosak itu menjadi satu kerana kemenangan proksi masing masing. Tapi kita sudah di buktikan bahawa di dalam UMNO, mereka pun tidak mendapat tempat.
Sekarang UMNO sudah berbalah. Yang bising cerita tentang rasuah dan macam macam lagi.
Kemenangan Khairy di kaitkan dengan Rasuah. Kalau betul atau tidak, selepas kemenangan Khairy, baru UMNO bising. Rasuah di jadikan alasan. Kalau pun betul, sepatutnya sebelum pertandingan, perkara ini di debatkan. Ah ! Budaya umno mencari alasan. Biaq pi pada depa.
Yang penting, kita kuat kan benteng dari serangan. Kita ingat bahawa sepanjangan pilihanraya yang dah berlaku, PR telah menang. Semuanya kerana ada Khairy dan kes Altantuya.
Semua yang berlaku menjurukan kepada kemenangan PR. Harus jangan leka kerana perjuangan masih belum selesai.
Takbir !
- rentakjari -
semoga najib tak jadi PM.. Hancur malaysia kalau dia jadi PM.. Banyak skandal si najib nie....
Post a Comment