Followers

Tuesday, March 24, 2009

siapa DS Nizar..nak kenal baca sini...

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/mbperakku1.jpg

Nama: Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Tarikh dilahirkan: 17 Mac 1957 ( Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. )

Pendidikan awal:
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Kelulusan:
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.(1972)
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Bidang pekerjaan yang telah diceburi:
Jabatan Kerja Raya, Bahagian Bengkel dan Kuari
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Projek yang pernah diurus:
Dayabumi fasa 2 & 3 (1983)
Projek Pusat Islam (BAHES), Jabatan Perdana Menteri (1984),
Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985),
Pengurusan Bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Projek Terkini:
Pengarah Urusan di beberapa firma swasta dan di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Bidang politik:
Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001).
Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini)
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006)
Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Menteri Besar Perak ( Mac 2008~kini)

Keluarga:
Isteri: Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Anak-Anak:Lapan orang cahaya mata.
Anak pertama lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mu'tah Jordan.
Anak ketiga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon.
Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Agenda Dato Sri Nizar Jamaluddin:
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Bahasa:
Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

inilah calon PAS di Bukit Gantang...kita sudah sdia maklum tentang kehebatannya..kalah mawi oo..aura yang ada pada DS Nizar bukan setakat boleh melembutkan hati kawan2nya..malah hati pihak lawan pun sudah mula menerima DS Nizar sebagai pemimpin negeri yang berjiwa rakyat...sekarang ni merupakan Gelombang Nizar..gelombang yang telah mendidik rakyat Perak tentang sistem perlembagaan...gelombang yang membuat rakyat berani mempertahankan hak yang telah diamanahkan..

teringat kata2 Pak Teh.."kalau kita nakkan rakyatnya seperti yang Allah mahu..maka pemimpinnya kena buat dahulu..kerana pemimpin adalah sebagai bapak..guru kepada rakyat.."

ni Perak Bangkit pun kata dia ada gelombang Perakbangkit..gelombang bagi menghancurkan kesejahteraan rakyat ada la..gelombong merampas kuasa..meculik orang kot..


16 comments:

Anonymous said...

Seronoknya! Teman baru tahu ropanya DS Nizar satu Alumni University dengan teman kat Aston. Way to go Astonian!!!

Anonymous said...

ADA YANG TERTINGGAL TU..JADIK MB BONEKA DI PERAK ...TAK SAMPAI SETAHUN DAH KENA TENDANG KELUAR..DAN PENDERHAKA SULTAN PERAK DAN YANG PALING TERBAHARU..KETUA KERAJAAN SEBUTIR DIBAWAH POKOK....

Malaysian-2Day said...

Tak di nafikan, memang Nizar seorang yang berpelajaran dan byk pengalaman dalam kerjaya nya. Tapi sayang dia kurang pengalaman memerintah sebuah negeri. Dan semasa di beri peluang memerintah Perak, beliau dengan senang di TUNGGANGI oleh DAP melalui NGEH dan NGA. Pada mula nya aku pun tak kisah, dah memang PR menang di Perak, aku boleh terima bangsa aku menjadi MB di Perak walaupun bukan dari UMNO, tetapi setelah melihat beberapa keputusan yang di ambil Nizar dan nampak nya beliau lebih mengutamakan kaum Cina dari bangsanya sendiri, aku mula tak minat dgn Nizar. Sorry UMMI. Ini perasaan saya sebagai anak jati Perak. PEACE!

Anonymous said...

apa nak di heran?? DAP ada lah tunjang pemerintah di Perak, dek kerana Undang Undang tubuh Negeri Parak, MB terpaksa Melayu, Islam nak buat macam mana? Memang patut pun DAP memerintah Negari Perak, bagi lah peluang 1 term, jika tak baik PRU 13, kita tukar balik.

Malaysian-2Day said...

bawak mengucap tanpa nama, dalam masa 1 penggal macam2 boleh di buat untuk menghapuskan hak orang melayu yang sekarang ni pun tinggal seciputtt je. Nak ikut macam OBAMA di US? Orang putih bagi kepercayaan kat KULIT HITAM? Itu negara maju, negara maju pun mengambil masa 150 thaun untuk memberi kepercayaan kat Kulit Hitam. So kene tunggu lagi 100 tahun la kalau nak ikut cara US pun.

Anonymous said...

bodohnya orang UMNO...
Si Mamak Hitam Pangkor tu barua sapa..
satu pulau tergadai..
UNITAR 5000ekar sapa bagi..
kalau bangang cakap bangan.. jangan jadi bodoh..

yang betulnya UMNO kuda tungganggan Tauke Judi genting.. tauke arak.. tauke babi.. depa dok bagi duit kat orang Umno..

Dap bai tanah kat sar dan Pondok.. UMNO BUAT APA 50tahun.. PERBODOHKAN MELAYU..RAMPAS TANAH MELAYU.. PERAK HANJONG JADI APA?? TANAH RIZAB MELAYU 400ekar TERGADAI..

momotaro said...

salam ummi... ummi kena tambah lagi kat profil nizar.. dia juga mahir bahasa arab. hehehe..

kepada Malaysian-2Day, cukup2lah asyik baca utusan jer... banyak2 kan baca harakah...
saper kata nizar ikut telunjuk DAP?
jgn terbawak2 dengan agenda umno.. utusan banyak putar belit cerita...

tolong selidik latar belakang nizar.. dari situ ko boleh kenal saper sebenarnya nizar... klu ko masih tak puas hati, ko boleh ajak aku berdebat pasal nizar.. aku takde hal.. tapi kena mintak kebenaran ummi dulu sebab kat blog ko tak boleh bagi komen.... boleh ummi?

momotaro said...

ummi.. tolong block bahagian komen.. jgn kasi guna annonymous... maner la tau takut2 si gomo tu yg gune,,,, hehehe...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam momotaro..permintaan ummi luluskan..gunalah ruang ini utk debat yang sihat..ummi kasimpermit selagi ianya tidak melanggar tatasusila sebagai rumpun melayu yg penuh dengan adab sopan...

carut2..maki2 namo yek...

EQUILIBRIUM said...

malaysian-2day,

hehehehe kalau nak banding dgn amno yg 50tahun membantu kaum cina kau bpleh terima ye? apa yg amno tak bantu cina?

sunway tambun tu melayu punya ke? utar kampar tu amno punya ke?

Anonymous said...

isu boneka isu dicipta oleh umno je..toksah layan..dh tkde point umno ni..penggadai melayu sebenarnyer umno sendiri..50 thn memerintah,jawi habis,skrg dh nk habiskan bahasa melayu plak..tanah usah cakap,depa le yg duk gadai,genting highland,pangkor laut,pulau tinggi..pulau tioman,banyak lagi..umno memang penyapu..

momotaro said...

itu ana faham ummni.. blog ummi tak macam blog gomo... blog ummni nie bersih skit... klu dah bersih tu kena la ana jaga.. hehehe

Anonymous said...

Malaysian-2Day.aku pun anak jati perak macam kamu,aku tiap-tiap hari tengok melayu jadi tunggangan(kerja dengan bangsa cina).Depa kerja ada yang tak jumpa waktu solat takutkan tauke lebih dari tuhan.Kata malaysia melayu punya tapi jadi kuli dalam negara sendiri,melayu yang berpangkat di mana-mana jabatan pulak jangan cakap lah kalau jumpa dengan tauke-tauke.Semua ini berpunca dari pemerintahan UMNO selama 50 tahun UMNO lah pengadai bangsa melayu.Nak termuntah aku kalau kamu kata NIZAR jadi tunggangan NGEH dan NGA.Aku nak tanya lagi sapa pederhaka sebenarnya?dulu masa tun mahathir lucut kekebalan sultan tak pulak orang UMNO nak kata tun derhaka?.

Malaysian-2Day said...

byk tul tanpa nama di sini, melayu kene tunggang? ko duduk perak kat mana? hehe aku melayu anak jati perak, tak kene tunggang pun. Agak nya ko yg kene tunggang kut. Bukan semua Melayu tu bodoh boleh kene tunggang. dan sunway tambun, hmmm ni lagi satu, sebelum ni tanah tu ada apa? kamu betul ke anak jati perak nih? tanah sunway tu takder sapa yang tinggal, yang ada kuil cina dan kolam air panas yang di uruskan oleh cina tuh. apa yang kamu risau sunway nak bangunkan? sekarang orang tambun dah boleh senyum, ada giant, ada sunway, tanah mereka juga naik nilai nya.

saya harap korang jgn bercakap ikut perasaan, tapi gunakan kesemua panca indra yang tuhan kasik kat kita.

lagi satu DR M bukan lucutkan kekebalan, tapi bataskan kekebalan tuh, sebab mahathir mahu menjaga hati semua bangsa dalam malaysia nih. kan ada kes dulu. kalau korang ingat la.

anywayz, kita orang melayu, kita bersifat lemah lembut, berbudi bahasa, walau sultan tidak kebal pun kita masih hormatkan nya kerana sultan adalah ketua pemerintah dan ketua agama. tak perlu ada perlembagaan pun kita sememangnya perlu / wajib menghormati raja melayu kerana itu telah menjadi adat resam kita.

UMMI, sorry malas tekan shift untuk huruf besar kecik.

Amri Mat Saaid said...

tambah sikit aje sebagai sambaei, dulu masa AMNO ada majoriti kerusi DUN kat Pulau mutiara (Pulau Pinang)kerusi Ketua menteri deme bagi kat sape ye, rasenye melayu ijak, AMNo lagi ijak, abih tu sape, pade cine le sape lagi, dah le tu UMNO koje kome ngecek aje.

Anonymous said...

ummi.. zal rasa.. umi kena ubah universiti mu'tah.. bukan mut'ah .. tu yg setau zal..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil