Followers

Tuesday, March 24, 2009

sejuk mata memandang FRU yang beriman...!!

Foto yang tidak mahu dilihat oleh Najib. Polisi juga turut sama berdoa. Sebilangan anggota Polis dan FRU sedang mengaminkan doa kepada Allah malam kelmarin.


Penuh khusyuk dan syahdu!

Allahumma inna naj'aluka fi-nuhuri a'da ina;
wa na'uzibika min-sururihim! Amin ! Takbir !!

sumber ABO

9 comments:

Malaysian-2Day said...

semestinya ummi, begitu juga hal dgn politik, tak semua ahli UMNO makan rasuah atau mengamalkan kronitism dan begitu juga tak semua ahli PAS benar2 beriman, tak makan rasuah, tak mengamalkan kronitism, atau tak melakukan maksiat!

fikir2 kan lah ummi, tolong jgn melebel kami (Orang2 UMNO) ni sebagai pengamal rasuah dll yang menjelikkan tu. ok yer UMMI.

Anonymous said...

rasuah dalam UMNO terang dan nyata.. tahap parah.. diakui oleh pemimpin sendiri.. label parti rasuah memang sesuai.. penyokong-penyokongnya pula dah tahu parti tegar rasuah, masih sokong.. labelnya penyokong kayu.. orang-orang UMNO ...kayu..

momotaro said...

Malaysian-2Day,

aku rasa ada baiknya ayat yg ko tulis tu ditujukan pada diri ko sendiri...
cermin diri sendiri dulu....

pelempangjepon said...

Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh saudara/i Malaysian-2Day. Tetapi sudah terang lagi bersuluh yang majoriti ahli amnor terlibat dgn rasuah+kronitism dan majoriti ahli pas memperjuangkan Islam + menolak rasuah. Selain itu utk golongan minoriti yang bertentangan dgn perjuangan parti tetap ada, kerna tiada yang sempurna sifatnya untuk setiap manusia biasa.Jadi di dalam kelompok majoriti yang bagaimana akan kita turut serta? Golongan majoriti yg sudah jauh terjebak dgn rasuah+kronitism kah atau golongan majoriti yang merperjuangkan Islam+menentang rasuah? fikir2 kanlah saudara/i Malaysian-2Day.

Malaysian-2Day said...

momontoro, jangan lah terlalu bongkak, kamu dan seluruh warga PR bukan malikat, kita manusia biasa. Jangan mengagungkan manusia lain selain ALLAH. Setiap manusia akan membuat kesilapan. Kamu kene terima hakikat ini. Jangan terlalu taksub dengan pendirian kamu bahawa "SEMUA ORANG PAS BAIK DAN TAK PERNAH BUAT SALAH"

momotaro said...

maaf Malaysian-2Day,

bukan niat aku nak membongkak,, ayat aku sebelum nie merujuk kepada artikel berkenaan nizar dan nik aziz dlm blog kamu.. sebab itu aku minta ko cermin diri dulu... lagi pun setelah aku baca beberapa artikel tersebut, aku tak yakin yg ko ada mengikuti harakah online.. klu ko mengikuti setiap hari, mesti ko tak memfitnah nizar dan nik aziz sebab kat harakahdaily dah terangkan dengan jelas....

sebab tu aku suruh ko cermin diri dulu...

Anonymous said...

antara byk komen2 orang UMNO, Malaysian-2day ni pelik sket komennya...

disebabkan terlalu byk rasuah dlm umno, maka yg tk amalkan rasuah tu terkena tempiasnye...

ko wangi, tapi ko duduk di tempat yang busuk.. kalau nk orang bau kewangian ko tu, jgn la ko duduk kt tempat yg busuk...

Anonymous said...

Wahai Malaysian-2day...x pernah seorang ahli pas mahupun pemimpin pas yg pernah mengagung-agungkan Pemimpin PAS dan menganggap Pemimpin PAS maksum...Semua org tahu yg semua org pernah/akan buat dosa...cuma ahli UMNO jer selalu mengagung-agungkan Sultan yg juga manusia biasa...

Anonymous said...

Sebahagian dari mereka itu tak akan dapat menafikan keinginan hati mereka untuk melihat sinar kebaikan dalam hidup mereka(politik yang baik).Dan mereka juga sudah tentunya akan bersama pada apa jua perjuangan yang berintikan pada keadilan(negara yang tidak karam dengan rasuah dan sebagai nya).Mereka sebenar nya turut sama melihat jauh pada nasib anak anak mereka yang bakal mewarasi kehidupan ini.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil