Followers

Friday, March 27, 2009

public hearing isu Balkis hari pertama...

kes BALKIS ni memang ummi minat sangat nak tahu..kebetulan nama anak sulung ummi Balqis..tu yang nak tau sangat siapakah perosak nama Balkis ni...dan sehebat manakah Balkis sehingga menjadi buruan ramai..bukan sebab dia comel..tapi sebab kerakusannya mempergunakan wang rakyat...mari kita lihat..sapa yang kenaa....!!!

terima kasih ummi ucapkan pada Ummi Asiah kerana memberi laporan yang sangat bermenafaat buat tatapan umum mengenai apa yang berlaku disebalik nama Balkis yang cukup cantik itu...

hari ini KDN telah menggantung permit Harakah dan SUARA Keadilan selama 3 bulan...alasan tidak pula diberikan...."Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik

Pendengaran Awam ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang dianggotai oleh 7 orang wakil rakyat yang dua orang darinya ialah dari Barisan Nasional...tapi mereka lesap selepas sidang berehat!!!!...tak masuk-masuk semula...

PKNS-Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Pengerusinya ketika itu ialah Khir Toyo. Yang dipanggil menjawab tadi ialah Bekas Pengurus Besarnya.
KDEB- Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Presidennya seperti yang tercatat di website mereka ialah YBhg Dato’ Haji Abd Karim bin Munisar.

Dalam pendengaran awam tadi ke dua-dua orang atasan bagi PKNS dan KDEB telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Kami terlepas sesi pendengaran dan soalan bersama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Isu yang dibangkitkan tadi memang bunyi sangat simple dan remeh namun membabitkan perbelanjaan 'tanpa soal' yang mencecah ratusan ribu.


Panel JK SELCAT sedang menyoal bekas Pengurus Besar PKNS...soalan 'maut' yang ditanyakan oleh YB Saari ialah apakah ada rasa takut sekiranya kontrak tidak disambungkan sekiranya PKNS tidak meluluskan sumbangan kepada BALKIS memandangkan umur Pengurus ketika itu hampir sampai ke penhujung kariernya

Pertamanya: Majlis Makan Malam Isteri-isteri ADUN seMalaysia. BALKIS telah meminta wang sebanyak secara totalnya RM700,000.00 dalam tahun 2007 sahaja. Wang tersebut telah dikeluarkan dari PKNS, KDEB, dan beberapa anak syarikat yang lain. Dalam isu ini PKNS telah mengeluarkan wang sumbangan tanpa mengetahui yang kerajaan negeri juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan.

Keduanya: BALKIS telah menganjurkan Majlis sempena minggu setiausaha dengan menjemput penyanyi MAWI dalam tahun 2006 , PKNS telah mengeluarkan sebanyak RM200,000.00 untuk tujuan ini. Permohonan diluluskan dengan penerimaan surat dari SUK PKNS yang mengarahkan cek sejumlah tersebut dikeluarkan dan diserahkan kepada SUK PKNS.

Ketiganya: pada 9hb Februari 2006 PKNS juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan untuk Majlis Pelancaran Kompleks Wawasan BALKIS.....dalam catatan saya ada bertulis RM218,719.00 dalam bentuk claim untuk 13 bil.

Keempatnya: Balkis telah memohon wang perbelanjaan sebanyak RM17,000.00 dalam tahun 2007 untuk tiket penerbangan ke Guangzhou China. Sejumlah RM 206,578.00 dipohon bayaran untuk perbelanjaan cenderahati dari China.

JK SELCAT telah bertanyakan siapakah yang menjadi ahli rombongan ke China, 2 orang dari mereka ialah Datin Seri Zaharah Kechik isteri Khir Toyo dan Datin Pon. Jenis tiket yang ditempah ialah satu tiket Business Class dan yang lainnya Economy Class....

Nak tau apakah antara berpuluh barangan dari lis yang memenuhi beberapa mukasurat tersebut???....hah...yang dihilitekan oleh YB Teng ialah 400 batang bunga pelbagai warna...kuning, ungu, merah...dlll.....beratus-ratus lagi TOPI untuk TOUR Guide yang merangkumi pelbagai warna.....pelik bukan...untuk apa????

Pembelian coklat sebanyak RM25,000.00 dari sebuah syarikat yang berpengkalan di........Hulu Langat!!!!!hebat syarikat Malaysia...katanya sekotak berharga RM20...YB Azmin insisted nak tahu berapa berat untuk setiap kotak tu...besar mana pulak...untuk berbaloi beli hingga RM20 sekotak...itu mereka kena jawab esok agaknya...

pembelian SONGKET sejumlah RM65,312.00. YB Saari tanya kepada siapakah diberikan songket-songket tersebut....mulanya jawapannya diberikan kepada 4 orang....siapa????...DYMM Tuanku Sultan, ROSMAH!!!!!, Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah....ini berlaku pada 16/2/06...3 tahun selepas persaraan Tun Dr Mahathir...kenapa masih beri songket...????

JK Selcat nak tahu berapa harga setiap satu untuk setiap seorang...belum dapat jawabannya lagi tapi salah satu harganya RM6,900.00....then Presiden Eksekutifnya menyebut pula ada seorang lagi penerima, tetapi apabila disoal balas berkali-kali....berkali-kali juga beliau tidak dapat memberikan jawaban lansung.....

Nak tahu apa cerita sebaliknya...dan mengapa isu-isu ini diambil berat oleh pimpinan PR Selangor kini????.....kerana segala wang yang dikeluarkan adalah milik rakyat bersama....tetapi bagi setiap pengeluaran yang disebut diatas bukannnya untuk manafaat rakyat TETAPI hanya untuk kesenangan segolongan manusia sahaja...SIAPA MEREKA????....BALKIS...isteri-isteri ADUN dan orang keliling mereka.

Bila ditanya apa matlamat PKNS...jawapan lebihkurangnya ialah untuk menyediakan prasarana untuk rakyat..pembangunan sosioekonomi Negeri, perumahan, kawasan perindustrian, kompleks sukan dll....saya pernah berurusan dengan PKNS ketika kami membeli rumah dari anak sayrikatnya SELAMAN...memang siksa juga ketika itu bila perlu berurusan dengan PKNS...
Lagi pelik dan mengharukan ialah total invoice tersebut RM206 ribu lebih tersebut diinvoicekan kepada sebuah syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur!!!!!!...

Pengerusi dan orang paling atas untuk dua entiti tersebut PKNS dan KDEB ialah Khir Toyo sendiri yang juga Menteri Besar dan suami kepada Presiden BALKIS.....so..tidakkah wujudnya satu conflict of interest yang amat menyerlah????..

untuk setiap tindakan PKNS dan KDEB mengeluarkan sejumlah wang kepada BALKIS, JK SELCAT telah bertanya..."apakah PKNS dan KDEB tidak meneliti setiap permohonan, kewajarannya, kemunasabahannya...apakah mereka lansung tidak critical....ataupun mereka OBLIGED to do it???"....so jawapan mereka ialah yes....mereka OBLIGED...terpaksa...soal kewajaran sudah timbul lagi hingga mereka tidak perlu meneliti setiap permohonan dan setiap bil yang mereka terima...walaupun ada diantaranya tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Apa yang terserlah juga ialah....PKNS dan KDEB menjadi tukang bayar bil bagi setiap transaksi pembelian dan perbelanjaan oleh BALKIS...itulah hakikatnya...hinggakan YB Haniza Talha yang juga Timbalan Speaker menolong membuat conclusion di sana..."Mungkinkah KDEB ini ialah sebuah Perbendaharaan bagi BALKIS???"....

sumber UmmiAsiah

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil