memang benarlah syarikat milik kerajaan negeri selangor ketika itu dijadikan sumber kewangan kepada Menteri Besar dan isterinya...dan CEO PNSB dijadikan alat untuk memudahkan segala transaksi itu berlaku dengan senangnya kerana dia adalah teman baik lagi akrab kepada Isteri Menteri Besar ketika itu....boleh kah anda memahami segala sandiwara ini????....
Khir Toyo menulis surat kepada Pengerusi Balkis Datin Seri Zaharah Kechik, beralamat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
Dalam tahun 2005, MB hantar surat kepada Pengerusi Balkis memohon sumbangan untuk Majlis Tahun Baru China Kawasan Sg Panjang(DUN Khir Toyo).
Jun 2006 memohon sumbangan untuk penyampaian sumbangan kepada orang kurang upaya, orang miskin dan lain-lain.
Memohon sumbangan untuk Program Hari Raya Aidil Fitri dengan menyertakan senarai nama kaum India di DUN Sg Panjang.
Memohon sumbangan Hari Raya 2007 DUN Sg Panjang dan Sekinchan, beri senarai nama kaum Melayu.
nak gugur jantung dibuatnya dengar YB Teng bertanya...marah betul dia hari ini...selalunya dia yang paling bersopan...hanya kerana dia amat marah...kerana sedekah kain batik dan pelekat pada org miskin hanya RM4000 lebih..tapi beli kain pada YB YB...ratusan ribu harganya...pergi kambodia sedekah duit bawa duit in USD ribu-ribu....
Mengeluarkan surat kepada bagi pihak BALKIS kepada Wisma Putra mengenai kunjungan Hormat untuk ahli rombongan seramai 47 orang termasuk Datin Zaharah Kechik ke Beijing selama 5 hari....jadual perjalanan mereka disertakan...melawat ke merata tempat, shopping dan segala makan minum ditanggung.
JK Selcat bertanya pada Pn Norzaton pada pandangannya adakah lawatan ini lawatan Rasmi atau peribadi...jawabnya peribadi...
MAIS, Majlis Agama Islam Selangor juga dijadikan kuda tunggangan oleh BALKIS...rakus betul...habis nak diratahnya...hingga harta milik umat Islam yanh diinfaqkan untuk golongan miskin dan fakir turut nak diratah-ratah ikut suka hati mereka....Pengarah MAIS dipanggil untuk memberi keterangan....
MAIS telah menerima permohonan dari BALKIS agar MAIS menanggung semua kos penyelenggaran dan administration untuk Kompleks Wawasan BALKIS. Kompleks ini mengikut BALKIS lah...adalah suatu kompleks yang menempatkan anak-anak remaja yang bermasalah dari golongan orang yang miskin...itu kata depa...kata orang lain atau orang luar mungkin berbeza..
untuk isu ini, MAIS boleh lagi berfikir dan bertindak dengan waras dengan menolak permohonan tersebut...namun sebaliknya MAIS telah meletakkan 5 orang pekerja yang dibayar gaji oleh MAIS untuk tinggal dan bekerja di sana. Jumlah gaji yang dibayar sebulan ialah RM6600.00..sepanjang tempuh tersebut hingga Mac 2008 MAIS telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM138,771.76 untuk Kompleks milik BALKIS...mungkin tidak ada di dalam pengetahuan MAIS bahawa BALKIS telah memerah duit berjuta-juta ringgit dari banyak lagi syarikat milik kerajaan negeri yang lainnya untuk tujuan kenikmatan dunia.YB Teng bertanyakan kenapakah MAIS membantu BALKIS..apakah BALKIS sebuah NGO Islam...untuk ini Pengarahnya menjawab kerana tujuan Kompleks tersebut adalah untuk menjaga remaja bermasalah dari asnaf orang miskin maka mereka layak diberi bantuan walaupun ahli BALKIS bukan semuanya beragama Islam...Mengenai isu haramnya Balkis baca di sini.
Auditor BALKIS menjadi orang awam pertama dipanggil untuk menjadi saksi...dia membuktikan dakwaan bahawa Khir Toyo dan isterinya menipu adalah betul...kerana beliau tidak pernah menerima sebarang akaun dari BALKIS seperti yang didakwa oleh BALKIS.....penipu memang sah penipu!!!!
Penipuan tersebut ialah seperti di bawah:
Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
sumber UmmiAsiah
No comments:
Post a Comment