Followers

Monday, March 23, 2009

UMNO/BN ugut peserta Amanah Ikhtiar

AWAS!!!! UMNO sedang bergerak melalui agensi yang menguruskan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)dan bantuan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW). Peserta AIM yang dikenali sebagai 'sahabat AIM' dan peserta KPW di kawasan Parlimen Bukit Gantang diugut secara halus agar tidak terlibat dengan sebarang program/aktiviti Pakatan Rakyat dan jangan mengundi PAS-PR dalam PRK pada 7 April nanti.

Perjumpaan mingguan sahabat AIM digunakan sebagai pentas kempen UMNO manakala peserta KPW dikunjungi oleh pegawai dan kakitangan agensi berkenaan di rumah masing-masing. Peserta kedua-dua skim itu yang kebanyakannya adalah wanita, diarahkan supaya memastikan suami dan anak-anak mereka memberikan kerjasama dan sokongan kepada BN sepanjang tempoh kempen sehingga hari mengundi. Mereka akan disenarai-hitamkan sekiranya didapati menyokong Pakatan Rakyat. Pegawai dan kakitangan agensi berkenaan juga membayangkan ada pinjaman dan bantuan tambahan kepada peserta-peserta yang membuktikan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO-BN.

Petugas-petugas PR di peringkat peti undi dan lokaliti dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada penerima pinjaman dan bantuan itu supaya tidak tertipu dengan ugutan yang menyalahi undang-undang dan prinsip perkhidmatan agensi kerajaan. Peserta skim itu perlu difahamkan bahawa mereka tidak terikat untuk menyokong dan mengundi BN walau pun terlibat dengan skim itu.

sumber ciberboron

selalunya bila berlaku sesi ugut mengugut ni bila kita rasa diri kita terancam..jadi di sini kita boleh mengagak keadaan tertekan yang sedang berlaku dalam UMNO/BN ... mereka boleh mengugut pengundi...boleh menakut2kan pengundi..dan mereka boleh dapat sokongan pengundi...tapi semasa membuang undi... PR akan pastikan pengundi2 akan pangkah calon Pakatan Rakyat.....apa cara itu rahsia jentera parti PR kalau tak yakin..tengok saja PRK Kuala Terengganu dan Permatang Pauh...jadi tidak hairan di Bukit Gantang...Bukit Selambau dan Batang Ai juga akan ikit jejak Kuala Terengganu dan Permatang Pauh...

Takbirr...!!


4 comments:

lovespiraldownwards said...

teringat dulu AIM ni wujud atas inisiatif Brother Anwar, tu pun diguna utk berkempen jugak ke puak2 tu? Murahan sungguh!

Anonymous said...

tlg vote peraduan milo fuze utk sy..
sy memerlukan pertolongan sahabat semua..
ada insentif utk voters..
blh vote kt cni..
mudah je..
hanya daftar yg memerlukan sedikit maklumat..
tlg ye sahabat2..
blh vote kt link ni..

http://www.milo.com.my/fuze/VIEWENTRY.htm?galID=3582

Malaysian-2Day said...
This comment has been removed by the author.
Malaysian-2Day said...

ini FAKTA ke UMMI? mana buktinya? Setakat tulisan blogger lain. kalau nak buat cerita kan ummi, semua orang boleh reka2 bukan susah.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil